BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 30, 2011

Jangan hampiri kapel kalau tak.......

Drama kat TV,filem,lagu semuanya selalu agung-agungkan cinta dan berkapel ni
Kononnya indah,romantik dan segala jenis perkara yang baik-baik saja

Tapi realitinya

Sejak mula kapel lah..
 Kau dah pandai menipu
first tipu sikit-sikit...rasa bersalah gila-gila time tu
lama-lama dah jadi biasa
siap boleh reka cipta cerita yang mantap depan mak ayah selamber badak je..

Tak pernah tipu mak ayah???
NAMPAK SGT KO MENIPU DIRI SENDIRI !!!
xder maknanya xpernah tipu..kalo dah bkapel tu..mesti kau nak jaga line kn..??

Second..mesti kau dah berani kuar dating..
Mula-mula ajak member teman..
Elak fitnah dan maksiat..kan tak elok keluar berdua je..ada syaitan pula jadi orang ketiga.
so,yang kau ajak member kau teman tu..kau  nak dia replace tempat syaitan ke???

Mula-mula jumpa memang rasa malu.
Meremang bulu roma..berdiri tegak macam tiang jambatan..
Serius..dia belanja makan pun segan nak makan..malu sangat..
Merah pipi.. mata tunduk bawah je..mulut terkunci tak boleh berkata-kata

Bila dah selalu jumpa..
Ada jugak la yg bukan bulu roma lagi yg mcm tiang jambatan tu..
Pipi merah bukan sebab malu
Tak boleh bercakap juga..tapi bukan kerana mulut terkunci..

Kapel memang punca segala gejala sosial.
Tak dapat dinafikan..




Sebab apa  kapel????

hurmm..time tu aku muda lagi..tak matang..tak boleh fikir.
fikir nak seronok je..

Kenapa tak 'clash" je sekarang?

Tu reja gila..banyak masa,duit aku habis beli top up semua..

Tak takut dosa ke atau jahil agama?

Of coz la takut..cakap elok-elok sikit agama SPM aku A1 kot..

Dah tau benda salah ,kenapa buat juga.??

No comment.

Itulah manusia lebih pentingkan nafsu dari agama..apa nak jadi ni?

weyh..sudahla weyh..

Tau dak,pegang tangan bukan muhrim tu lagi teruk dari pegang anjing atau babi??

huh..??? 


P/s  Aku tau aku bukan seorang yang layak untuk menegur..tapi sekurang-kurangnya aku dah sampaikan apa realiti kehidupan ni.Memangla bila ada kekasih disisi kita,kita jadi bersemangat, ada orang dengar masalah kita, ada tempat bercerita..Tapi sebenarnya aku lebih banyak menangis dari ketawa.lebih banyak pendam perasaan dari bercerita, lebih banyak patah semangat dan tak da mood dari bersemangat.lebih banyak masalah dari settlekan masalah..bukan sebab PAK WE AKU TAK BAIK...tapi sebab tu memang perkara NORMAL dalam CINTA.. so korg nilaikan lah sendiri yer... salam.. :)

Saturday, July 30, 2011

Kiter sayang kamu sangat2 tau....

Entry ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan incik Izdhar Razali dan skandal-skandal sebelum dan selepasnya..(opss..) .Ini kisah suka duka seorang insan yang bernama sahabat..
Pertama kali aku kenal 'si dia' masa tu aku umur 11 tahun la macam tu.Tiap-tiap petang naik basikal ronda-ronda kampung (Tolong jangan dengki,budak2 bandar comfirm tak der mcm ni..hahahahha). First time jumpa 'si dia' aku usha dia pelik sikit..pergh naik beskal depan umah pun nak pakai tudung ke? Alim seyh...tak boleh rapat sangat ni,nanti kena sound naya aku..

Tapi kitorang tak rapat sangat lagi time ti, sebab aku punya sekolah rendah lain dari "si dia".Dalam tahun 2002 bila aku dah masuk form 1, kitaorg memang rapat sangat2..Pagi2 dia tunggu aku depan rumah kitaorang pergi sekolah sekali..Gossip gurlz la sepanjang jalan, cerita pasal pak we2 hot, cikgu2 hot tempered semua ada.(Semua scene ni tak akan berulang lagi) :,(


Aku ingat lagi dia selalu ada di samping aku tak kira apa juga keadaan.Waktu gembira, mandi sungai, makan our feveret food sama2 (teh ais n laksa,tp syg aku tak leh minum teh ais dah kembung perut), curi-curi keluar.Even aku punya first date pun dia tolong teman n cover dari jauh (kena ambil langkah berjaga2kn kitakn perempuan.).

Time aku sedih,merajuk atau mengalami konflik dalam akibat ketidak stabilan hormon pun dia sanggup teman aku.Layan aku punya air mata yang bertimba-timba tu.Offer aku tidur kat rumah dia masa aku main lari2 dari rumah.Tak da sapa pun nak cari aku time tu,sapa suruh lari,pandai lah balik sendiri kan.Lepas bosan  tunggu respon, aku buat perangai tak da orang layan ,aku pun balik rumah la juga.

After PMR,aku pindah sekolah tapi still keep in touch dengan dia.Kadang2 ada sen lebih aku call dia kat public phone.Tapi dah tak macam dulu sebab masing-masing sibuk dengan homework,tuisyen dengan buah hati lagi kan.Lepas SPM, dia nak sambung study lagi,tapi family dia ada financial problem time tu,so dia decide nak kerja dulu cari pengalaman.

Sampailah satu hari, dia call aku ajak keluar dan dia cakap nak bincang sesuatu yang serius dan nak pendapat aku.Masa dia cakap dia nak bertunang,time tu aku excited giler..macam nak lompat2.almaklumlah time tu aku baru umur 18 tahun dan dia tua setahun dari aku.Budak-budak baru nak up ni kan gedik sikit,so aku memang excited lebih dari dia,aku tengok dia macam serba salah je, mungkin hati kata nak tapi badan cakap tak ready.So.aku slow talk dengan dia,yakin kan dia mungkin jodoh dia datang awal.Kena terima lah,Kalau dia masih ragu2 aku suggest dia buat solat istikharah (even aku pun tak pernah buat seumur hidup).
Lepas tu,dia tunjuk pic bakal tunang dia dekat handphone dia dan ajak aku jumpa dengan bakal tunang dia tu.

Jun 2007, dia dah selamat dinikahkan, meninggalkan aku seorang di alam bujang yang masih tak tentu haluan ni. Aku ada sebelah dia,di saat dia diijabkabulkan.Dia genggam erat jari aku,"wei,aku ketaq ni".Aku senyum je,"Bukan hang nak p goncang tangan tok kadi pun,relax lah." Padahal aku pun sejuk tangan dengan kaki.Serius seram..

28 Ogos 2008, lahirlah baby boi yang kiut sangat, dia cakap due date dia 12 september 2008,sama dengan besday aku,tapi baby ni tak sabar2 nak keluar. After 1 week baru aku leh balik tengok baby,sebab tak da cuti time tu.Excited sangat2,pegang baby,even badan dia lembut sangat,lentok sana sini,tu buat aku lagi geram nak gomol2 kang lemas anak orang.

Aku agak sibuk beberapa tahun kebelakangan ni,kalau aku mesej dia pun kadang2 lambat dia reply maklum lah bila dah berkeluarga tanggungjawab banyak,mana ada masa nak dibuang masa orang bujang ni.Tak pe aku tak kisah dah tak da kawan nak bercerita pun ,janji aku tau dia bahagia,kadang lalu depan rumah dia aku usha jugak nampak kelibat si baby boi tu main.besar dah anak dia,aku apa pun tak boleh lagi.hehehe

Sekarang nak keluar pun keluar dengan incik Izdhar je lah..Bukan apa kalau dengan lelaki mana leh bincang topik2 perempuan contohnya " Wei,hang tengok Marimar dak wei?" " Aaron aziz dalam nora elena tu charming gila kan.".Kalau tak percaya try la citer benda tu dengan bf korang,mau dia muntah darah dengar..
Kalau dulu nak beli baju sehelai pun dekat 5-6 jam aku pusing2 cari,member mesti tak kisah punya,hanya perempuan faham perempuan kan.Tapi bila shopping dengan pak we 30 minit pun dah wat muka..Kena jaga hati dia jugak kan..Sometime nak juga rasa sembang heart to heart dengan perempuan kan..(Saya tak komplen bf saya k.)

Selepas lama sabut tenggelam, timbulnya menceritakan duka.Serius aku tak tahan, aku nangis kot fikir pasal dia.Tapi dia yang aku kenal dulu dah banyak berubah,dia matang dengan keadaan.Dia menjadi wanita yang tabah dan kalis air mata.Tengah menceritakan perkara sedih pun dia masih tenang, masih boleh mengukir senyuman (walaupun aku tahu senyuman itu menyembunyikan kesedihan). Aku rasa bertanggungjawab untuk cuba menyelamatkan apa yang terdaya.Tak mungkin aku biarkan dia derita,tak mungkin!
Aku hanya mampu menasihatkan dia bersabar disamping berdoa agar masjid itu masih boleh diselamatkan walau dilanda tsunami.Insya Allah...

Memang aku tak ada pengalaman, memang aku tak layak nak beri nasihat atas perkara yang bukan bidang kuasa dan perkara yang aku tak pernah alaminya seumur hidup.Tapi  salah kah kalau aku membuka peluang untuk dia bercerita,meluahkan perasaan yang terpendam supaya ringan sedikit derita dia.Salahkah kalau aku memberi saranan untuk dia merujuk pada yang lebih arif.


"Semoga ditetapkan iman dan sabar menghadapi dugaaNya.."

Friday, June 24, 2011

Jangan tamak..

Mama cakap jangan tamak..
Jangan tamak mengejar kasih yang belum tentu lagi hebat dari apa yang dah aku ada sekarang..
Kena sabar..bukan semua orang sempurna untuk menunaikan setiap kemahuan kita..
Tapi sekurang-kurangnya dia tetap gigih berusaha..
Memikat hati kita dan beri apa sahaja yang aku minta..

Saturday, June 11, 2011

The making of "Bunga Syurga"

Konsep dan idea asal  hasil nukilan ini tiada kena-mengena di antara yang masih hidup atau yang telah  meninggal dunia.Yang baik kita ambil iktibar,yang buruk kita hindar-hindarkan. Ini adalah nukilan pertama saya,sebarang komen dan kritikan membina adalah dialu-alukan.Penulis bukanlah pelajar jurusan sastera apatah lagi jurusan agama,segala kesilapan penggunaan bahasa dan hukum-hakam agama,mohon diperbetulkan.Terima kasih.

Special dedicate to: Siti Nur Fateha kerana sudi berkongsi  idea beliau bersama penulis.

*Sue,si nyah tu dah meninggal dilanggar bas ekspress berhampiran terminal bas tu juga.Naurah cuba cari kubur Sue.Alhamdulilah, jumpa dan dia menunaikan amanat Sue supaya hadiahkan batu nisan atas nama "Suhaimi bin Shuid".

*Qayyum Fahim bin Ismail, sekarang adalah taukey One drop Perfume, guna satu titik tahan sampai malam.Memang berbaloi-baloi.

Bunga Syurga part 4 (final)

"Astafirullahalazim..Abanggggg!!!!!"
 Naurah hampir pitam,apabila melihat tubuh suaminya dalam dakapan orang lain. Semua yang sepatutnya menjadi miliknya seorang menjadi milik orang lain.Kejamnya kau Ray kenapa harus kau seksa hati dan perasaan aku?, apa salah aku?, kenapa senang sangat kau perbodohkan aku? Jiwa Naurah memberontak,geram kecewa bercampur perasaan jijik dengan perlakuan suaminya. Naurah tekad untuk keluar dari rumah itu sehelai sepinggang, tidak ingin dia mengambil apa-apa pun pemberian dari Ray selama ini, dia rela berjalan kaki dari memandu kereta pemberian suaminya sebagai hadiah perkawinan 2 tahun lalu.

Fikiran Naurah berserabut, dia termenung di bangku ruangan menunggu di terminal bas. "Macam mana aku nak balik kampung, purse aku tertinggal di rumah,tak mungkin aku berpatah balik lagi,kaki aku jijik memijak rumah yang menjadi sarang maksiat Ray selama ini, tanpa pengetahuan dia".

"Adik, kasi akak 2 ringgit pun jadilah,akak dah 2 hari tak makan ni". Naurah terperanjat apabila tiba-tiba seorang bapuk tua menghampiri dia. "Eh,kau ni kenapa? pergi sana jijik lah aku tengok kau,apa pula minta-minta duit kat aku,aku pun tak ada duit!! sekarang lebih baik kau blah!!" jerit Naurah.Dia tidak pernah menhamburkan kata-kata kesat seperti itu dan dia tak bermaksud memarahi pondan itu,tetapi diatak dapat mengawal perasaan marahnya pada Ray.
"Adik,saya tahu adik pandang saya jijik,kotor,tapi jangan hina saya depan khalayak ramai macam ni,saya malu dan rasa terhina,hina dihadapan manusia apatah lagi hina dihadapan tuhan".
"Encik, tunggu jangan pergi dulu".

"Adik,kau kena kuatkan semangat,kau kena bimbing suami kau kembali ke pangkal jalan,jangan jadi macam aku ni, dulu aku lah primadona dan diva, ramai jantan suka aku.Aku hidup mewah, berjoli sini sana.Kau tengok aku sekarang dik macam mana hidup aku merempat berpenyakit,orang jijik dengan aku.Kalau kucing kurap orang boleh kutip bela, ada ke orang kutip aku ni nak bela?"
Naurah menitiskan airmata simpati dengan nasib Sue.Sue adalah seorang  transeksual, mangsa nafsu songsang sendiri,yang susah hendak berpatah balik ke jalan asal.
"Naurah, kalau boleh nanti aku mati,kau tolong tempah nisan aku ye dik,letak nama "Suhaimi bin Shuib,jangan kau letak nama Sue,susah kerja malaikat soal kubur nak cari mayat aku nanti,keliru" Sue tersengih,Naurah ketawa kecil."Apalah main-main pulak dia,benda-benda macam ni.."
"Manisnya,kau senyum dik, sekarang kau pergi balik rumah tau.Tempat isteri disamping suami, dia perlukan kau untuk bantu dia,kau kena bantu dia,sebelum terlambat.Pulanglah Naurah."

---------------------------------------------------------------------------------------------
"Baguslah,kalau kau dah tahu perangai sebenar aku kan.Tak payah aku nak sembunyi apa-apa lagi.Ya,memang aku minum,kaki clubbing,hisap rokok apa lagi kau nak tahu? Resh? Dia itu kekasih aku, kami bersama dari sekolah menengah lagi.sekarang kau puas??"
"Abang.."
"Kalau kau nak minta aku lepaskan kau memang tak la.Jangan harap!! Kau berani nak minta fasakh?? Aku kahwin dengan kau pun sebab mak,mak sibuk nak jodohkan aku dengan anak kawan dia,aku tak nak rahsia aku terbongkar,atleast dengan kau tahan juga 2 tahun,sebab kau ni bodoh sebenarnya."
Naurah hanya diam,dia sayang akan Ray sepenuh hatinya.Dia juga sayangkan perkawinan mereka,mungkin masih boleh diselamatkan.Penceraian adalah perkara halal tetapi dibenci oleh Allah s.w.t.

"Abangg,nak ke mana tu? jangan keluar malam ni tolonglah" Naurah berlari mengejar Ray.Ray hanya endah tak endah.
"Abangg.abang nak ke dilaknat Allah macam kaum nabi Luth!!! Mana maruah abang ni? Jijik tau tak!!!"
"Apa kau cakap??!!"
Rambut Naurah disentap kuat oleh Ray,Ray mengheret Naurah ke tangga,tubuh Naurah sakit.
"Lebih baik sekarang kau berambus dari rumah aku, kau hina aku dalam rumah aku sendiri! berani kau ya.."
"Tolonglah, abang,saya isteri abang,takutlah dengan azab Allah abang."
Ray menhentak tubuh Naurah ke dinding tepi tangga,tubuh Naurah terhentak ke dinding dengan kuat,frame gambar perkhawinan mereka jatuh berderai,kaca dari frame itu menusuk tangan kanan Naurah.
"Nah, nasib kau.Jangan memandai mengajar aku untuk berubah,aku dah cuba banyak kali okay!! tapi naluri dan fitrah aku memang dilahirkan untuk mencintai kaum sejenis , salah tuhan bukan salah aku.."
"Bawa mengucap abang,jangan salahkan Allah,fitrah alam lelaki berpasangan dengan perempuan, haiwan pun tahu beza jantan dan betinanya abang,jangan jadi hina dari binatang sebab ikut nafsu, itu nafsu bukan fitrah!!" belum sempat Naurah menghabiskan ayatnya satu tamparan kasar hinggap dipipinya.

"Adam buat kau macam ni? kau jangan fitnah anak aku Naurah, dia tu lemah lembut cakap pun lembut ja,aku kenal benar anak aku Naurah".
"Betul mak,Naurah tak tipu, saya dah tak boleh bersabar lagi" Naurah menahan sebak.
"Apa masalah korang ni,cuba cerita dekat aku terus  terang?"
"Abang...tak bagi nafkah..."
"Kau ni kan memang tak sedar dek untunglah,habis tu segala kereta,barang kemas apa sahaja kau nak dia bagi tu apa? bukan nafkah?? tak cukup lagi ke kau kikis harta dia, menyesal aku restu pilihan hati dia dulu."
"Tapi, mak.."
"Dah,mesti buruk benar perangai kau kan sampai Adam pun tak boleh sabar dengan kau,atau kau ni pemalas sangat,kerja rumah pun tak reti nak buat,ni mesti Adam yang buat semua dia kan pandai masak dan kemas rumah segala.Kau kat rumah buat apa? goyang kaki jadi mem besar??"

---------------------------------------------------------------------------------------------

Naurah sudah muak, tiap-tiap malam Ray pasti  keluar malam,kadang-kadang mabuk.Yang paling membuat dia hilang sabar apabila Ray sudah berani minum dalam rumah mereka dan tanpa segan - silu bermesra dengan kekasih hatinya di hadapan mata Naurah.
Pada satu malam, Ray pulang dihantar oleh rakan-rakannya jam hampir pukul 4 pagi, Ray mabuk teruk malam itu, dimuntahnya segala isi perut atas badan Naurah,apabila Naurah memapah Ray ke bilik.Naurah terpaksa menyalin pakaian Ray, dibukanya butang baju Ray satu persatu, dia ambil tuala kecil dan lap tubuh suaminya.Dia biarkan suaminya berbaring diatas katil,dia pergi ke bilik air membersihkan diri.

"Naurahhhhhhhhhh!!!!!! Naurah!!! woiiii!!!!!"
"Shuuutttt..diam la abang,apa jerit pagi-pagi ni,kacau jiran sebelah tu,ni kan weekend orang nak tidur bangun lambat sikit".Naurah meletakan jarinya di bibir suaminya,sambil memintal-mintal hujung rambutnya dan tersenyum.
"Apahal kau ikat tangan aku kat katil,lepaslah perempuan bodoh..!!"
"Ish,abang ni yang tidur nakal sangat.hehhehe. Kalau nak suruh lepas kena kiss sini dulu" .Naurah merapatkan mukanya ke bibir suaminya.
"Lepas ni aku nak lempang kau laju-laju!!"
"Nak lempang?? hehhehe tak nak lah buka,abang duduk je atas katil tu okay.Handsome pulak saya tengok abang macam ni..hehehehhe"
Naurah membuka almari dan mengambil sehelai tuala mandi dan dilemparkan ke arah Ray.
"Nah ,ambil tuala tu,pergi mandi jangan lupa niat sekali okay ye abang."
 Kalau rasa nak lempang saya,saya tak kisah,lagi senang mak dengan ayah abang ada kat bawah tu,baru dia tau anak kesayangan dia ni kaki pukul bini.Saya dah dapat pun apa yang saya nak malam tadi." Naurah ketawa nakal.Ray bingkas bangun dengan rasa tak puas hati,mungkin kerana dia terasa telah dinodai oleh isterinya sendiri,egonya tercabar.

"Mak dengan ayah nak tinggal sini 3 bulan?" Ray terkejut,dia hampir tersedak. "Ish,apa kamu ni makan gelojoh, la kan rumah kita tu tengah diubah suai,kamu jugak yang bagi duit,kamu lupa ke?"

Sepanjang tiga bulan ini,Ray banyak meluangkan masa dirumah,setiap kali selesai kerja terus pulang ke rumah. Setiap malam terpaksa menemani ayahnya ke masjid, solat magrib dan isyak berjemaah,kadang-kadang ada kelas al-quran dan fardu ain.
Naurah pula belajar bermacam-macam perkara dari ibu mertuanya dari memasak,mengemas rumah dan juga petua-petua kebahgiaan rumah tangga.Dia sedar selama ini,masih banyak kekurangan diri nya sebagai isteri akibat terlalu sibuk dengan kerjayanya,kadang-kala dia mengabaikan tanggungjawab remeh seperti berhias untuk menyambut kepulangan suami dan makan bersama-sama,sedangkan disitu ada terselit kunci hati suami.

---------------------------------------------------------------------------------------------
"Abang pergi kerja dulu,sayang jaga mak baik-baik okay." Naurah mencium tangan suaminya, Ray mengucup dahi isterinya. 
"Dah la tu,macam petang nanti tak balik rumah dah"
Naurah tersipu-sipu malu ditegur oleh ibu mertuanya.

Sudah hampir dua bulan, Ray merasakan sesuatu perasaan yang pelik,perasaan yang tak pernah hadir dalam hidupnya,dahulu perasaan ini hanya kecik tapi sekarang semakin bercambah dengan hatinya.Mengapa aku selalu rasa tidak sabar-sabar untuk pulang ke rumah.Bila di rumah aku rasa tenang sangat.Ataupun aku merindui bau harum dari rambut Naurah,apabila dia baring dilenganku semasa menonton television bersama mak dan ayah.Jantung Ray berdetak kencang apabila Naurah memeluk dirinya.Dia berasa ketagih untuk mencium dahi Naurah setiap pagi sebelum pergi kerja.Dia terperangkap sendiri antara cinta direhai dan dilaknati.

---------------------------------------------------------------------------------------------
Ray tersandar di atas kerusi empuk pejabatnya,tak mungkin orang yang paling dipercayainya dan paling rapat dengan nya sanggup menipu dirinya selama ini.
"Encik Rayyan, kami minta  kerjasama encik untuk memberi maklumat tentang kegiatan menyeludupan dadah mengunakan kontena yang didaftar atas nama syarikat encik,mungkin rakan kongsi encik adalah dalang disebalik aktiviti ini."
"Terima kasih,tuan.Saya akan beri kerjasama"
Resh telah menggunakan sedikit ruang kontena untuk mengimport ikan perhiasan dari Jepun untuk menyeludup dadah.Dia juga menyeleweng dan memalsukan akaun syarikat selama ini.

"Naurah,tolong maafkan abang.Abang berdosa." Ray tak dapat menahan sebak.
"Sudah la abang,jangan minta maaf dengan saya, bertaubatlah dengan Allah.Insyaallah.Naurah tak harap abang berubah secara drastik,Naurah faham bukan senang nak ubah orentasi seks sekelip mata.Naurah tetap akan menyokong abang sampai bila-bila"
"Terima kasih sayang".

---------------------------------------------------------------------------------------------
"Eh,duduk diam-diam la.jangan la bergaduh,duduk tempat masing-masing jangan kacau orang,belajar hormat adik-beradik yang lain."
Naurah tersenyum melihat Ray mengomel memarahi anak-anak mereka.Mereka dalam perjalanan pulang ke kampung.
"Saya rasa kereta ni dah sempit la,kena beli kereta baru ni".
"Huh, tak per sayang nanti kita beli bas mini okay."
"Hahaha,singgah kedai dulu nanti tau bang.Nak beli beras 2 kampit bagi mak."
"Okay".

"Eh.memboyot lagi kau?" Naurah hanya tersenyum mendengar pertanyaan ibu mertuanya.
"Sudah-sudah la tu ,jangan la ikut nafsu kamu je,mampu ke nak kasi sekolah semua tu,sekarang semua dah mahal."
"Insyaallah  mak.rezeki makin bertambah,lagipun setiap anak tu kan lahir bersama rezeki , anak tu kan anugerah tak kan nak tolak." Ray berceramah membela diri.
"Kamu tu dah umur dekat 46 tahun ,si Naurah dah 41,dah tak sesuai nak beranak,dah boleh timang cucu pun,tengok macam Dzihni tu dah nak bermenantu pun, dulu aku suruh kahwin muda-muda dulu tak nak,dah kahwin lewat dekat 3 tahun baru keluar sorang,sekarang keluar tak reti nak berhenti pula, apa masalah korang dulu ye?"
Naurah hanya tersenyum dan menggengam tangan suaminya erat, Ray memeluk tubuh Naurah sambil mengusap perut Naurah,anak yang ketiga belas ni.(Macam tak real je cerit anak 13 orang??). Anak mereka berdua sudah nak masuk 10 dan yang 3 lagi adalah anak ikan Arowana Golden Crossback dalam akuarium rumah mereka yang dijaga persis anak kandung sendiri.
  
"Nurul Naurah Jannah,izinkan aku menghidu haruman bunga syurga ini selamanya.''
                          - ADAM AQIL RAYYAN
Dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda,
” Sesungguhnya istri-istri penghuni surga bernyanyi untuk suami-suami mereka dengan suara yang paling bagus yang tidak pernah didengar oleh seorangpun. Di antara lagu yang mereka nyanyikan ialah ‘Kami adalah bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik, istri-istri kaum yang mulia.’ Mereka memandang dengan kegembiraan. Di antara nyanyian mereka lagi ialah ‘Kami kekal tidak akan pernah mati, kami setia tidak akan pernah berkhianat, dan kami bermukim tidak kan pernah bepergian.” (Shahih Al Jami’ Ash-Shaghir)

--------------------------------------------TAMAT------------------------------------------------------

Bunga Syurga part 3

Minggu depan genap 2 tahun  perkawinan Ray dan Naurah, Naurah malu setiap kali pulang ke kampung dia diasak dengan soalan bila mahu menimang cahaya mata.Adik iparnya yang kahwin 3 bulan selepas mereka pun sudah hamil anak kedua. Hatinya pernah terguris bila terdengar kutukan ipar duai nya yang menuduh dia mandul."Tak mungkin lah Abang Adam tu ada problem, adik-beradik kita semua beranak ramai sekurang-kurangnya  4 orang. Aku rasa Kak Naurah tu la ada problem mandul dia 2 orang je adik-beradik" "Eh,tak pun Abang Adam tu tak de feeling tengok bini dia, dah la gelap." Mereka ketawa berdekah-dekah,tanpa menyedari kehadiran Naurah.Air mata Naurah gugur tidak boleh ditahan-tahan lagi.

"Abang,kita duduk berbincang boleh?"
"Bincang apa? Lewat dah ni, pergi tidur esok nak pergi sekolah awal"
"Abang terpaksa kahwin dengan saya ke? Abang ada perempuan lain ke?"
"Apa lah Naurah mengarut ni?" Ray seperti acuh tak acuh.
"Habis tu sapa "Baby bird" dalam list contact handphone abang nie?"
Ray terkesima,tiba-tiba handphone berbunyi. Jantung Naurah berdengup kencang.
"Haa,angkatlah nak tahu sangat kan sapa, sekarang angkat la.Angkat abang kata!!".
"Hello.."
"Eh,hai Naurah..Ray ada ka?"
"Hurm.Resh ke tu???"
"Yup, i la ni, u kasi Ray,ada hal mau cakap sama dia"
Naurah menyerahkan telefon bimbit kepada Ray dan terus naik ke bilik.Namun dia masih belum berpuas hati.

"Abang,abang ada penyakit kah? kenapa nak berahsia? Abang rasa malu ke? Naurah terima semua kelemahan abang.Kalau ada penyakit kita cuba berubat, tak kira moden ke tradisional kita usaha ikhtiar dan berdoa" Naurah merayu-rayu  sambil melutut dan mengenggam tangan Ray.
"Dahla,aku malas nak layan kau,aku lepak dengan Resh lagi tenang dari mengadap muka kau." Ray melepaskan gengaman tangan Naurah dan pergi.

---------------------------------------------------------------------------------------------
Cuti pertengahan penggal dalam 2 minggu,digunakan sepenuhnya oleh Naurah untuk mengemas rumah dan mencuci kolam ikan dihalaman rumahnya.Selepas selesai tugasan diluar halaman , Naurah menyapu bahagian dalam rumah pula,semua permaidani di vacum nya. Semasa berjalan menuju dapur dia lihat pintu bilik bawah tak berkunci,selalunya Ray mengunci pintu bilik tersebut.Takut semua alatan muzik mahal dalam bilik itu dicuri katanya.Naurah hanya akur walaupun menyimpan rasa pelik. Bila pintu dikuak, "Ya allah bersepahnya,dengan putung rokoknya, ish2 diorang ni kalau nak tengok bola pun tak kan la sampai bersepah-sepah".gertus hati Naurah yang geram.
Naurah menyusun kembali semua VCD dan DVD ke rak.
"Queer as folk??, banyaknya season DVD ni,cerita apa ni?" Naurah tertanya-tanya.
Lamunananya terhenti bila terdengar kereta Ray menyusur masuk ke halaman rumah, dia bingkas bangun berlari ke muka pintu.
"Eh, tak pergi kerja hari ni? Tak sihat ke?"
"Sekarang cuti sekolah la Ray,aiyoo bini sendiri pun dia lupa,dok pikir kerja saja". Lelaki india itu tersenyum mempamerkan barisan giginya yang putih.
Naurah hanya tersenyum ,dan mempelawa lelaki India berbadan sasa itu masuk bersama suaminya.
Setahu Naurah, suaminya dah Resh memang berkawan rapat sejak kecik,sekolah bersama,masuk universiti yang sama dan sekarang menjalankan perniagaan bersama.Hubungan mereka memang akrab.

"Abang dengan Resh berbual lah okay,Naurah nak minta izin keluar pergi pasar raya beli barang ,lepas tu Naurah nak singgah rumah Dhzini tengok baby baru dia, boleh?"
"Okay" Ray hanya tersenyum.

Naurah menyelongkar setiap compartment hand bag nya. "Mana perginya purse aku ni? Nak shopping apanya duit ada cukup bayar tol je ni, hurm tertinggal atas katil kot."
Naurah berpatah balik ke rumahnya. Setibanya dirumah, dia ternampak kereta Resh masih di garaj rumahnya."Kenapa senyap je, diorang ni pergi mana kereta semua ada." Naurah berlari-lari anak memanjat tangga menuju ke bilik utama rumahnya.

Bunga Syurga part 2

"Alhamdulilah,syukur majlis kita berjalan dengan lancarkan abang,cuaca pun elok je kan bang?"
"Hurm, eh itu classmate abang masa sekolah dulu kitorang panggil dia kambing"
"Yang mana satu?, eh Naurah kenal la nama dia Qayyum Fahim Ismail,satu kampung dulu,tapi family dia dah pindah"
"Tahniah Ray dan Naurah juga,Kenal aku lagi tak Naurah?"
"Eh, mestilah, sembang dulu okay, nak ambil goody bag untuk kau." Naurah berlalu masuk ke dalam kamar pengantin.
"Ray,kenapa kau masuk ke dalam hidup Naurah? Dah lah aku pergi dulu."
"Eh,bang Qayyum mana?"
"Dah balik,nak cepat ada hal kot"
"Laa,penat je saya lari pergi amik benda alah ni,dia tu dari dulu diam je dan perangai pelik" Naurah mengomel sendirian,Ray hanya tersenyum tawar.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Istri-istri kalian akan menjadi penghuni surga yang sangat mencintai, yang jika dia disakiti dan menyakiti maka dia segera datang kepada suaminya, dia letakkan tangannya di atas telapak tangan suaminya, seraya berucap, “Saya tidak dapat tidur sampai engkau meridhaiku.” (HR. Thabrani) 
Naurah ingat pesan mak dan jadi kan hadis, Al-quran dan Al-Sunnah sebagai rujukan kamu sepanjang melayari bahtera perkahwinan,kena banyak bersabar,kena kuatkan jatidiri , jangan cepat melatah kalau ada masalah."Panjang ke mak kasi khutbah, rasa mengantuk dah ni.hehhehe"
"Haish,gatal benar dah kamu ni,dah pergi masuk bilik tu, Adam dah tunggu kamu". Mak cik Maryam mencubit paha kiri Naurah.

"Assalamualaikum' Naurah mengintai dari tirai pintu bilik pengantin.
"hurm.."
"Abang dah nak tidur ke?" Naurah mengukir senyuman paling manis.
"Hurm" Ray menarik selimut ke paras kepala.
"Abang nak apa-apa tak?"
"Hurm..tak.."
"Betol ni? Tak nak apa-apa?"
"Naurah,abang letih okay,sekarang tutup lampu tu dan slow sikit kipas tu sejuk"
"Okay."
Naurah,tidur berbantalkan lengan suaminya, jari-jemarinya mengusap rambut suaminya lembut dan kemudian dialihkan ke dada suaminya yang bidang.Dia bersyukur dikurniakan suami yang kacak, lemah lembut,baik hati dan suka memberi, walaupun agak pendiam dan kurang bergaul selain teman-teman yang rapat sahaja.
"Naurah,tidur atas bantal okay,lengan abang lenguh la."
"Hurm,sorry.Abang terjaga ni nak apa-apa ke?"
"Nak apa malam-malam ni,tidurlah esok nak bangun subuh okay."

Kali pertama menjadi makmum dibelakang suami yang dikasihi sebagai iman,memang meruntun hati Naurah, jiwanya tersentuh syukurnya pada Tuhan atas jodoh yang diberi.Baginya Adam Aqil Rayyan adalah lelaki yang sempurna dan ada segalanya. Naurah mencium tangan suaminya lama-lama, diharapkan satu ciuman hinggap di dahinya."Eh,lamanya cium tangan abang,dah la tu,abang lapar ni pergi tolong mak buat sarapan tu kat dapur." Dia hanya tersenyum.

---------------------------------------------------------------------------------------------
"Abang tolong paku frame ni letak kat tepi tangga tu"
"Eh,pelik la frame besar ni mana ada org letak kat tangga,letak kat dalam bilik ke kat ruang tamu ke?''
"Biarlah cantik pe? Ni bagi semangat dekat abang sebelum pergi kerja nak turun tangga tengok, pastu balik kerja tengok lagi,so letih-letih semua hilang" bicara Naurah sambil melentokkan kepala ke bahu Ray.
"Tepi sikit Naurah,macam ner abang nak paku macam ini, kang kena kepala awak"

"Assalamualaikum.."
"Ada orang datang la abang,jap nak pergi tengok"
Dzihni bersama suami dan anak-anaknya datang menziarah Naurah dan Ray, selepas 3 minggu berkahwin mereka terus berpindah ke rumah milik Ray.
"Bertuahlah ,kau Naurah cuci kaki je masuk rumah,besar juga rumah ni,ada berapa bilik? Perabot semua lengkap" mata Dzihni bagaikan scanner meneliti setiap inci rumah.
"Ada 4 bilik je, yang bilik bawah tu Abang Ray cakap bilik jamming, ada macam-macam instrument muzik, ada tv, sound system semua, Resh dengan kawan-kawan dia selalu datang lepak sama-sama."
"Baguslah,lebih baik lepak depan mata kita.Kalau kat luar tu entah apa diorang buat,pasang perempuan pun kita tak tahu kan?".
Ray hanya tersenyum, dia memang seorang pendiam dan bercakap apabila perlu sahaja. Lain benar perwatakannya tidak sama seperti diawal-awal perkenalan.