BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 20, 2010

Dia hantar skuad FBI la plak!!!!!

Gobek cantik gobek cik puan
Sirih dikunyah menjadi sepah
Tabik encik tabiklah tuan
Kami datang membawa sembah



Bukan kacang sebarang kacang
Kacang melilit si kayu jati
Bukan datang sebarang datang
Datang membawa hajat di hati.


Menilik atau merisik pada hakikatnya adalah adat yang memang baik dan berguna jika ia dijalankan bersesuaian dengan tujuannya, iaitu untuk memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Ini adalah untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka.

 Pilihan yang tepat adalah difikirkan perlu bukan sahaja terhadap diri anak dara terbabit, tetapi juga ibu bapanya. Ini adalah kerana orang-orang Melayu dahulu berpegang kuat kepada perbidalan Melayu "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu”.Anak dara yang biasanya menjadi rebutan dan pilihan utama adalah anak dara yang sudah khatam Al-Quran, fasih dalam bacaan dan mahir membaca Al-Quran dalam lagunya serta mempunyai sedikit sebanyak tentang pengetahuan dan hukum-hukum dalam agama Islam. Begitu juga mereka akan dinilai dari segi rupa paras yang elok dan beberapa kemahiran asas yang lain seperti menjahit, menekat dan memasak.

Ada rombongan yang datang tanpa diberitahu dan ada juga yang datang setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak perempuan. Pada fahaman dan kepercayaan orang tua-tua, apabila kedatangan menilik atau merisik itu dilakukan dengan tiba-tiba sahaja dan secara kebetulan pada waktu itu didapati anak dara tersebut sedang mandi atau mencuci pakaian, maka ia membawa suatu petanda yang baik, iaitu menunjukkan jodoh pertemuan yang sejuk. Ini kononnya membawa maksud bahawa jika kedua-duanya jadi diikat sebagai suami isteri, kehidupan mereka akan menjadi senang-lenang dan keadaan rumahtangga mereka akan sentiasa aman muafakat. Akan tetapi, sekiranya sewaktu rombongan datang, anak dara tersebut sedang memasak, maka ia membawa alamat kurang baik kerana dengan yang demikian, kononnya, membawa petanda panas, iaitu tidak begitu baik. Begitu juga dipercayai oleh orang tua-tua Melayu dahulu bahawa jika sewaktu di dalam perjalanan rombongan hendak pergi merisik anak dara berlaku sesuatu bencana seperti terdapat kayu di tengah-tengah jalan, iaitu sesuatu yang dianggap menggendalakan, maka ia juga dikatakan membawa petanda yang kurang baik terhadap jodoh tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu moden kini, kepercayaan-kepercayaan sedemikian tidak lagi diamalkan dan dititikberatkan. Malah, tidak mustahil dikatakan sebilangan besar masyarakat Melayu kini kurang memahami alamat-alamat dan petanda yang datang kepada mereka.

----------------------------------------------------------
Al-kisah bgun subuh terus xtido balik..Ntah apa angin terus amik penyapu sapu segala serok rumah bawah kerusi tepi kusyen..berhabuk boleh buat amali tayammum...tiba2 terasa dengki terus gerak seisi rumah yang tegah tido bangun...aku pun berceramah.."Dalam kitab cakap, berat tau rezeki org tido lpas subuh....otak pun jadi lembap..cuba hampa bangun buat senamrobik ke...tlg aku basuh kain ka..."

Setelah membuat adik2 aku rasa annoying dan begang aku pun rasa puas ati... : p

Terasa pulak nak makan bihun sup gearbox..aku pun suggest dekat "ketua chef"..permohonan dilulusan dgn syarat aku kna take over keja tukang chef yang nak amik half day..adoyai..dengan pengalaman masuk cerok dapur 4 bln skali tu..aku pun berjaya menyiapkan sup gear box terbabit..ntah apa rasa aku xtau skrg dah tgal suku periuk ja...(sedap kot?????) hahahhaha

Tiba2 si enset buruk aku pun menjerit2 dgn suara seksi...aku pun angkat la .....
"Kami sekarang dekat Junjong ni,nak pi rumah ni..."
"Huh??...nak wat apa?"
"Adalah...mak pun ikot skali..kami mai 3 org..."
"Haa...apa ni? jap xmandi lg ni...p la ronda2 dulu k..."
"Cepatla siap.."
"Okey..."
  
p/s sejuk giler mandi pukul 9 pagi....
_____________________________________________________________________

"Depa mai panggil makn kenduri ja la mama.."
"Ish...kalo nak panggil makan kenduri boleh ja suruh MR XY bg..xpayah la mak ayah dia nak mai skali..."
"Mana ada...panggil makan kenduri jelah..."
"Hang ni....org tua2 tau la..hang tu tau apa.."
"Mama rasa mama dah tua ke? hahahhahha"
"Amboii...kata aku tua..."
"Apa kes dia tu? hari tu nak putus,pastu nak sambung...pastu macam ni plak..."
"Kan hang cakap hari tu,xmau dah kapel dengan dia...dah xmau kapel dia nak bertunang plak kot.."
"Dia tu xpaham ka,dah org ckp xmau kapel tu mcm org xmau kat dia dah ler.."
"Dia tu positive thinking kot..sangka baik ja..."
"Kalo sangka baik,xdaknya dia nak tuduh org mcm2...elok2 org setia dgn dia ,dia ckp org ada jntan len kat sana..."
"Cemburukan tanda sayang.."
"Pulun la dia tu...!!!"
"Hang tu pun sama..asyik nak menang ja"
"Habis tu? sapa nak kalah bila berkelahi?"
"Malas dah aih..aku nak amik tau hal budak2.... Hang mau ke tak kat dia tu?"
"Hurmmm.."
"Awat rasa xcukup enjoy lagi? "
"Yelah..xconfident la dengan dia...suka amik keputusan tu xtetap.."
"Rimasnya aku....hampa nie.."
"Hari tu cakap nak putus sgt2 dah..pastu nak sambung..org xbagi keputusan pun lg..dia wat mcm ni plak? apa kes ni? men kasaq....rasa nak sekeh je kepala dia.."
"Jangan la sekeh satgi lagi dongga plak..hahhaha..hang dok jeling dia tadi sampai xhabis dia makan tadi..kcian..."
"Lantak dia lah...."
"Hang nak dia ke tak ni?"
"Mama p tidoq la..kacau la orang nak men fb nie..."

____________________________________________________________________________
Aku capai plastik pink yang mak MR XY kasi siang tadi..dalam plastik tu ada sepasang baju kurung kaler merah hati...Dari siang tadi lagi adik2 aku dok try sakan..aku malas nak amik port lntak la hati aku sakit asyik kena perli...Aku pun try skrg suma dah tido..besar skit pinggang dgn bahu tapi muat2 je dekat atas..huhuhuhu...seksi giler kaler merah...tulus,telus,tebus ikhlas nampak shape beb....xleh jadi apahal xder lining baju ni?..xperlah jnji cantik.....
Eh,apahal aku ni!!!!!!!...
----------------------------------------------------------------------------------------------------
"Siang tadi saja mai panggil kenduri je kan, xdak nak risik2 kn kn kn??" (via enset cabuk)
"Skali la k" (via enset MR XY)
"Haish,mengarut lah.." (via enset cabuk)
"Knapa salah ke?" (via enset MR XY)
" Kita perlu berbincang k.." (via enset cabuk)
"Serius ni..ingat men2 ker? Belajar la elok2..jangan repeat2 paper ok..."(via enset MR XY)
--------------------------------------------------------------------------------------------

"Ya Allah...aku memohon padamu berikan lah aku kehidupan yang terbaik di dunia dan akhirat..andai dia memang ditakdirkan untuk aku..bukakan lah pintu hati ku...dan permudahkan lah segala urusan..amin.."

Monday, November 15, 2010

sAyA KeNa BeLaJaR...

"Tak kan nak lepaskan org yang kamo suka,sebab kamu rasa kamu xboleh nak bahagiakan dia...Sedangkan kamu xpernah nak cuba dulu....Mungkin mula2 dia yang akan bahgiakan kamo dulu..Lama-kelamaan kamo akan mampu BELAJAR untuk sayangkan dia pulak...


Membeli sambil bersimpati....

Saturday, November 13, 2010

S.T.E.R.R.E.S.O.R !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Psikologi  atau penting untuk kita lebih memahami diri kita dan reaksi daripada orang lain.Ia juga dapat memahami bagaimana badan dan otak kita berhubung.Dengan menguasai ilmu psikologi kita boleh mempertingkatkan kemampuan untuk proses pembelajaran berkesan dan menguatkan memori.Paling penting kita boleh mengetahui cara untuk menguruskan stress atau tekanan perasaan dalam kehidupan.

Sebagai manusia kita memerlukan kehendak asas ,yang telah termaktub dalam Maslow Hierarchy
1. Keperluan biologi (oksigen,makanan,minuman,rumah,seks dan juga TIDUR..)
2.Keselamatan (perlindungan,undang-undang)
3. Kasih sayang (keluarga,KEKASIH HATI)
4.Esteem need
5. Self-actualation (mencapub,badget bagus)

Kadang kala stress boleh menganggu kehidupan seharian contohnya krisis dalam perkerjaan,hubungan persahabatan ,kekeluargaan dan juga percintaan.
Apa yang saya faham,apabila kita stress kita hendaklah membuang stressor.
Kegagalan menyelesaikan stress mungkin disebabkan:-
1.Age regression- act like childish,xsdar diri dah jadi kanak2 purba.
2.Immaturity
3.emotional incest
4.Post traumatic stress disorder- untuk org yglampi masalah 2-3 tahun lpas skrg baru nak stress terok2..
5.Psycosis( sila goole sendiri..)

Nilai individu
Kena terima setiap kepelikan dan kejelikan orang lain tanpa prejudis!!!!!!!!
Kena belajar hormat personaliti pelik org lain...
Belajar lah mengaum bila masok maybank...(adaptasi situasi..)

Faktor2 mempengaruhi nilai individu:
1. genetik atau trait yang diwarisi
2.soSIAL
3.EMOtional 
4.Persekitaran
5.Mama& Papa / teratakku
6.Budaya
7.Faktor peribadi
8.EkonoMi
9.Psikologi 

Komunikasi berkesan.
Fakta hendaklah senang difahami,ada bukti,dan  disebarkan dengan cara yang senang diakses oleh makluk bumi yang lain..
Sebagai contoh yang tidak boleh diikut:
 " I thought You all know the examination today  was postponed....."
Komunikasi mengikut gerak hati sendiri sangat lah tidak sesuai bagi seorang medical scientist yang profesional.

Pilihlah cara yang sesuai untuk menyebarkan maklumat...
  
Akhirkata suma orang akan mati...tetapi sukar hendak menerima hakikat kematian..

Grief cycle..

Untuk org yang bakal mati:
1.Shock
2.Denial
3. Anger
4.Bargaining
5.Grieving
6.Acceptance

Untuk member org mati:
1.shock
2.denial
3,anger
4.mourning
5.recovery

Sudden Infant Death Syndrome  adalah gila meroyan.....

 xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
BAGI STUDENT2 YANG STUDY SETENGAH MATI ..MEREKA JUGA MENGALAMI GEJALA YANG DISEBUTKAN DALAM GRIEF CYCLE...

Sebagai insan yang berfikiran matang saya telah mengawal stress saya dengan melakukan hal2 sengal..yang perlu diterima oleh seluruh umat bumi tanpa prejudis kerana setiap manusia ada UNIK................

Tengok Megamind 3D



Tengok Ana Raffali nyanyi..
Yang nie paling aku xleh nak accept...PUAN SITI adalah seorg  PEDOPHILIA!!!!!




Aku menanti bayangan abg Yusry KRU dkt booth KRU Studio..Kot2 la ada ada peluang...huhuhuhuhu
Xkisah la walau beliau duda..Tapi beliau adalah DUDA terhangat dipasaran....


Dalam fikiran hanya terbayang........



sebagai hadiah perkhawinan.......



Wednesday, November 10, 2010

Jatuh cinta.....

Nyaman udara pagi itu...aku berjalan di padang yang lapang ditumbuhi rumput-rumput renek berwarna ungu dan biru lembut..."Cantiknya tempat ni" bisik hatiku..Sesekali angin sepoi-sepoi bahasa bertiup..aku membetulkan selendang putih yang ku pakai.Aku berjalan lagi. Rumput-rumput renek itu seakan-akan menari mengikut irama apabila ditiup angin.Aku terpegun melihat pemandangan yang indah seakan mimpi itu.Sepupuku yang jalan seiring dan ku tiba-tiba mencuit lenganku ,lamunanku terhenti. "Wah,cantiknya..." Ada dua lapisan pelangi di sebalik bukit sana.Agak jauh dari tempat aku dan dia berdiri. Kami berdua berlari-lari anak menuju kearah pelangi itu untuk melihat dengan lebih jelas. Kawasan lapang berbukit itu agak landai pada mulanya tapi semakin hampir pada puncak bukit itu semakin curam dan berbatu-batu.Aku sudah kehabisan tenaga dan berhenti dibelah bongkah batu yang besar.Tetapi apabila aku menoleh kebelakang ramainya orang...Nampaknya aku menghalang laluan orang.Aku mengagahkan diri untuk ikut sama berlari, aku jadi bingung ditinggalkan sendirian disitu.Dimanakah sepupu aku tadi? Aku mencari-cari  dia dicelah-celah kesesakan manusia yang entah dari mana datang..Aku gagal..

Penat..giler lari-lari..tanpa arah.....


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Dalam kesesakan manusia yang menyesakkan minda dan nafasku, pandanganku tertarik pada seorang jejaka yang sedang duduk diatas batu seberang jalan sana.Dia tersenyum memandangku. Aku hanya memandang dia sekali imbas. Aku jadi tidak selesa dan segera mengalihkan pandangan dan bangun untuk meneruskan perjalanan mendaki bukit-bukit berbatu itu.Sampai aku disebuah bongkah batu yang besar..."Aku mencuba berpaut pada batu itu, aku meraba-raba mencari tempat berpaut.Hanya aku disitu seorang diri."Bagaimana mereka naik keatas?" Aku memerhati disekeliling mencari jalan alternatif..Namun hampa,itu sahaja jalan yang ada. Aku terpaksa memanjat bongkah batu itu, dengan skirt labuh yang aku pakai amat merimaskan, peluh memlekit-lekit di tubuhku. Aku menoleh ke belakang, jejaka tadi ada dibelakangku.Dia cuma tersenyum dan memberi insyarat supaya aku mendaki bongkah batu itu dahulu, dia betul-betul berada dibelakangku.Aku mengalih pandanganku dan terus menumpukan perhatian pada pendakian."Huh,senang ja naik batu ni,kenapa tadi aku tak boleh naik" aku mengomel dalam hati..Aku tersenyum apabila dapat melihat pelangi itu semakin hampir dengan aku, akibat terlalu ghairah aku hampir tergelicir.Sebelum tiba-tiba tanganku digapai oleh jejaka tadi dengan pantas.Aku tersentak,bukankah lelaki ini berada dibawah sebentar tadi,bagaimana dia boleh mendahului aku. Aku tidak berani melihat wajahnya,seperti biasa aku cepat-cepat mengalih pandangan  .

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX------------------------------XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Aku berjalan lagi tapi kali ini beriringan dengan jejaka tadi.Tiada sebarang kata-kata yang terucap antara kami berdua.Cuma berjalan perlahan-lahan.Kami menyusuri dusun buah-buahan.Aku kagum melihat buah-buahan disitu buah epal berwarna biru dan ungu.Buah anggur berwarna silver..Buah langsat sebesar buah labu. Aku berlari kearah pohon buah-buahan itu.Sebelum,jejaka itu menarik tanganku lembut. Aku hanya mengikut arahan dia supaya tidak menghampiri pohon buah-buahan itu. Dia tidak bercakap apa-apa,tapi aku tahu dia faham aku berasa lapar dan dahaga. Aku pasti dia akan membawaku ke tempat yang lebih selesa.Aku rimas badanku melekit, peluh membasahi baju putih yang aku pakai..Bila aku memandang dia,dia kelihatan bersahaja.Tidak seperti aku yang berperang dengan emosi dan tidak selesa.Dia masih mengengam erat tanganku,aku mengikut tanpa membantah.Tapi dalam hatiku timbul rasa tidak puas hati,siapa dia? mengapa aku ikut dia? kenapa aku tidak boleh bertentang mata dengan dia?
Lamunan aku terhenti apabila kami sampai dipersimpangan jalan, ada 3 lorong didepan kami.Dia memberi insyarat kepadaku untuk memilih jalan yang mana hendak dilalu.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX----------------------XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Jalan yang aku pilih tadi membawa kami ke sebuah surau atau masjid lama,itu aku tidak pasti. Aku melihat masjid itu kelihatan agak daif dari luar, tapi ramai jemaah yang sedang bersolat. Aku ingin melangkah masuk kedalam masjid itu,tapi bila melihat kakiku yang kotor akibat perjalanan tadi aku agak berasa was-was.Sebelum tiba-tiba muncul seorang lelaki separuh abad datang menjemput kami masuk ke masjid itu.Wajah lelaki tu itu juga tenang,dia senyum kearahku sambil menunjukkan kamar mandi kearahku. Aku membuka pintu yang yang dibuat dari zink karat itu,sangka ku kamar mandi itu buruk tapi aku terkejut melihat ada kolam air yang cantik untuk mengambil wuduk disitu. Aku menadah air dengan tangan lalu membasuh mukaku.Airnya sangat sejuk,aku  mengigil.Aku mencari gayung untuk mencedok air dari kolam itu, aku nampak gayong itu hanyut ketengah bahagian kolam yang luas itu.Aku cuba mengapai gayong itu,tapi  tidak berhasil.Aku buka selendang yang aku pakai dan berusaha menarik gayong itu dengan selendang,terkial-kial aku. Aku geram.Perlukah aku terjun sahaja kedalam kolam ini untuk mandi? Aku xsanggup,air nya sngat sejuk..Tiba-tiba jejaka tadi masuk kedalam kamar mandi itu,aku terkejut.

XXXXXXXXXXXXXXXXXX---------------------------XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Aku jadi kelu,perasaan bercampur-campur antara terkejut, gementar dan mungkin juga suka bercampur bahagia bila tubuh dia begitu hampir dengan aku.Dia merangkul pinggangku erat dan angkat tubuhku letakan diatas batu di tebing kolam itu (sebelah tangan ja beb..).Dia menjirus air ketubuhku bermula dari kaki,aku cuba mengelak,fobia sejuk.Tapi dari dia seakan-akan menyakini aku bahawa air itu tidak begitu sejuk.Aku buat muka fobia,bila dia jirus.Memang betul air tu tak sejuk tapi suam.Aku makin hairan.Jejaka itu mengurai-urai rambutku yang panjang separas bahu dan mengusap kepala ku lembut.Buat pertama kalinya aku memberanikan diri untuk menatap wajah jejaka itu , tapi aku hanya ingat jejaka itu berkulit kulit putih kemerahan, hidungnya agak mancung, bibirnya agak memikat mengukir senyuman padaku dan rambutnya lebat,hitam pekat,agak tercacak-cacak tapi pendek dan kemas.Aku jadi malu,bila dia sedar aku memerhatikannya.Aku mengalihkan pandangan , sebelum tiba-tiba aku rasakan jari-jemari kasarnya memegang bahuku dan mengusap bahuku lembut.Aku pun merapatkan badanku ke dadanya yang bidang itu.Aku pejam rapat mataku dan aku dapat rasakan pelukan erat itu dan hanya pasrah menanti apa terjadi seterusnya.......Sebelum tiba-tiba DAMMMMMM......bunyi kuat membuat aku terkejut dari MIMPI..
Arghh....potong betol la..si Mel ni balik pagi-pagi buta hentak pintu bilik kuat2 wat apa....Aku bangun kebilik air sambil senyum. Setelah memeriksa apa yang patut. Aku mengambil wuduk sambil tersenyum dah mulut ku terkumat-kamit praktis doa qunut.. Aku amat bersyukur tak terhingga sebab tak miss subuh hari tu...


XXXXXXXXXXXXXXXXXXX-------------------------------------XXXXXXXXXXXXXXXXX
Aku agak terkilan sebab tak sempat nak tanya nama jejaka dalam mimpi tu..Ntah sapa2 lah dia.Walau aku sebenarnya tak tahu dia wujud ke tak dalam alam realiti ni..Aku nak ucapkan terima kasih sebab hadir dalam mimpi aku dan menyempurnakan mimpiku.Kalau awak betul-betul ada kat alam realiti ni boleh tak kita berkenalan..huhuhuu..Saya memamg pemalu sampai dalam mimpi pun malu,sedangkan tu mimpi saya, tapi awak jadi hero dalam mimpi saya.Tu buat saya tak puas ati!!!!...

p/s Aku tak jadi potong rambut,nak kena simpan sampai bahu ni.....

Sunday, November 7, 2010

my hero....

Cara kita menunjukan kasih sayang adalah berbeza.....

kadangkala kita sanggup melepaskan sesorang yang kita sayang kerana kita xmampu memberi apa yang selayaknya dia dapat....

biarlah hnya dia yang berjaya membuka pintu hati...

Antara suma superhero..

superman

batman

ultraman

spiderman




                                                   Hanya Keluangman  bertakhta di hati.....

XXXXXXXXXXXXXX--------------------------------XXXXXXXXXXXXXX-------------------------

Menurut sorg otomen yg kiut ;


superman :  adalah lmbang lelaki....hurm seprti faizal tahir..ntah aku lupa apa otomen tu ckp..tp aku rasa agk selekeh..pakai underwear kat luar..xsnonoh..huhhuhu..tp seksi kn..wink..wink..

batman : adalah lambang lelaki kaya, tgok la kereta dia beb..huhuhu tapi x berapa ensem.. mengada2 nak kena ada PA (robin)..asyik berlagak nek keta ja...sgt budget macho..

ultraman : hurm..lambang mamat jepun yang jambu...hahhahaa ultraman ni suka wat keja senyap2..tup2 hilang..lelaki pendiam kah? ntah byk pulak ultraman,ultraman taro,seven,neo,nexus..bla..bla... lambang lelaki byak adik -beradik kot...genetik bagus tu..(harap2 xder Minamata  disease)

spiderman : adalah lambang lelaki kacak dan bergaya,tapi paling pokai..date pun atas spiderweb ja beb..tapi    
romantik jgk kn..



Knapa aku pilih Keluangman??????....

Dia adalah lambang lelaki yang  gila...

                         Kerana aku lah menjadi penyebab kegilaanya.... 

        
  tapi bukan untuk selamanya....



xboleh hukum orang gila walaupun dia dah menyakiti kita berulang2 kali, 
                                                             hatta membunuh perasaan kita skalipun..



nak cakap apa pun xboleh...dah dia memang gila..xkisah la kalo slalu wat benda2 gila pun...


p/s Kegilaan itu membuat aku jatuh cinta????
 
<<<>>>>

Friday, November 5, 2010


19 sept 2005

"Saya nak cakap ni awak jangan gelak tau..."
"Nak ckp apa,cakap la cepat, mber nak guna phone plak ni"
" I love you..."
" Huh,apa ? xdengaq la..bising"
" hurm..ayah sy tgah grill dinding..kejap ek..."
"awak ckp lg skali..."
"I love you...." jerit kuat2............
tersentak xleh ckp apa2....jd blur 5 second suku...
"hello....."
"ya..hurm.."
" apa jawapan awak?"
"hurm...segan la...mber ramai dengaq ni..nanti mggu depan sy balik.sy bg jawapan k,sini xdak privacy"..
" ok..xmau paksa awak..tapi kan saya dah xsabar dah nak panggil awak AYANG..."

----------------------------------XXXXXXXXXXXXXXX-----------------------------------------------

" awak, pasal semalam tu kn...."

" hurm..awak terima ek?"

"hahahhahhahaha" senyum sampai telinga...

" awk terma ke x, suspen ni...."

"hurm...." (muka blushing xleh blah)

" okay, ayang wat apa tu?'

" huh,xsmpat  ckp lg dah pgil mcm tu"

" ala...biasakn diri..nnt kawen senang"

" hahahhahhaha"

" awak.. kenapa suka sy?"

" Abg suka ayang..sbb ayang ni perangai mcm budak2, happy go lucky, selalu wat lawak dan yang penting ayang ja yang dah buat abg terpaut dari first kita chatting walaupun kita xpenah jmp..tapi abg yakin ayg ni mmg ditakdirkn utk abg"

"geli ar panggil abg..... eiii geli2...."

"alaa...hbis tu ayang nak pgil apa?"

"hahahhaha...hurm...panggil "mamu" leh?" hahahahhahha

"uish...ingat org dongga mcm pak pie ka?''

"hahahha....ntah2 dahi luas jgk ..concorde pun leh landing..hahahhaha"

"mengarut la...cepat la ..nak pgil apa ni?"

"hurm...baby?"

"xmau"

"kanda?"

"xmau..mcm parameswara ja.."

"sayangggg...,eh, xleh nnt confius....lalalala terbelit lidah nk sebut sayang ayang sayang ayang sayang ayang sayang ayang sayang ayang sayang ayam.....ha,,kn..next week la kasi tau..nak pikiaq dulu...duit tgai sekupang lg ja..cepat nak cakap apa..."

" i love you..hurm..xbest la..aku cinta padamu...lebih ikhlaskn...senang nak lafaz i love u kat saper2...tapi kita hnya boleh lafaz 'aku cinta padamu' pada org yg btol2 kita cinta ja k..cuba try.."

" aku....aku cinta pada ........"

Argh..kurang ajaq pnya public kedarah duit pnya cepat...

XXXXXXXXXXXXXX-------------------------------------------------XXXXXXXXXXXXXXXXXX

p/s


public phone mcm ni suka telan syiling dgn cepat...(aku anti-public mcm ni..)



 public phone mcm ni boleh send sms..(first time guna dekat KMKN)..paling canggih kat KN...

ni paling best....xmakan duit sgt..bila dihentak duit kuar dgn senang.....I LIKE.. : )

Tuesday, November 2, 2010

acid apa yg boleh menghakis ego ku?

ego

ego
ego
ego
ego
ego
ego
ego
ego
ego







" dah2 la bro,wa ngantuk.....esok2 la cter ek....."