BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 15, 2011

keranaku ada kamu...

Keranaku ada Kamu..
Tuhan ku tempat untuk aku memohon..
Secebis kemaafan diatas dosaku yang bagai pasir di pantai...
Keberkatan hidup dan kekuatan jiwaku dalam menghadapi ujianmu..

Ya Allah ya rabbi..
Tuhan sekalian alam..
kerana Kau yang Maha Mengertahui..
setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..

Kau lindungilah aku..
Hambamu..yang lemah..
Teguhkanlah KEIMANANANKU..
Tetapkan lah pendirianku...

(Share dari blog orang nie..saya lukis cmfirm anda tak paham..)
Keranaku ada kamu..
Sahabatku..
Yang tak pernah jemu mendampingiku..
Mengingatkan aku bahawa..
Bukan aku seorang diuji di dunia ini..

Keranaku ada kamu yang buat aku rasa
masih diperlukan dan dihargai di dunia..
Masih ada yang menyayangi aku...
Mengingatkan aku sakit fizikal dan emosi itu ada penawarnya...

Duhai hati...
Tabah lah dikau...

Tuesday, May 10, 2011

Wanita itu...

Hebatnya penangan cinta sampai hampir sanggup jadi anak derhaka...



Kerana wanita itu...
Aku boleh melihat keindahan dunia...
Merenung dalam matanya...
Aku peroleh ketenangan yg tidak dapat digambarkan...
Berbaring dlam dakapannya buat aku terbuai lena...selesa...oh..bahagianya...


Dia guru pertama...
mengajar aku mengatur langkah..walaupun sering rebah...
Duhai anak ku kau harus kuat...sekali melangkah jangan sekali berpatah arah....
Biarpun lambat kau mengatur melangkah..Tetapi jangan sekali kau berhenti...
Insyaallah kau pasti dihadapan sekali...

Bila masa makin berlalu...
Hormon-hormon nakal mula memporak peranda emosiku...
Disaat  itu aku makin jauh darimu..
Pelukan dan dakapanmu yang dulu membuaiku..
Kini bagaikan rantai-rantai besi yang mengikatku...

Aku mahu bebas tentukan hidupku..
Itu bukan urusan mu..
Ini hidupku...
Jangan halang aku....

Tetapi kau wanita hebat...
Api tak boleh dilawan dengan api..
Setitik air mata kesal yang mengalir dari matamu..
Cukup untuk memadamkan api keegoanku...

Dibahu mu juga dulu aku menangis
Kerana kecewa atas kegagalan cinta pertamaku..
Dunia bagai gelap gelita ketika itu..




Disaat itu aku berjanji...
Aku tak akan membiarkan mutiara jernih keluar dari matamu lagi..
Aku bersumpah akan ku hapuskan PARASIT JAHAT yang " mencuri nutrisi bahagia" keluarga kita...

Tabahlah ibuku...
Ini dugaan Allah...pasti ada hikmahnya..
Sudah-sudahlah berkorban...
Andai pengorbananmu tak dihargai seorang lelaki..
Tidak ada siapa akan menyalahkanmu...
Kami tahu kau berhak bahagia...
Apa guna mengabdikan diri pada insan yang tak pernah menghargai..

"Kahwinlah dengan lelaki yang mencintaimu...bukan dengan lelaki yang kamu cinta"
Aku masih mencuba memahami pesanan ini..
Insyaallah..satu masa aku akan mengerti...


(P/s Khas untuk mama...Salimah Ahmad...cekalkan hatimu..mantapkan keimananmu..)

Kerana kau berhak hidup bahagia...