BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 11, 2011

Bunga Syurga part 1

" Dzihni,ambil ni kad jemputan perkhawinan aku." Nurul Naurah Jannah menghulurkan kad berwarna biru keungguan itu kepada Dzihni. "Amboi cantiknya, kad hand made lagi ni..rajinnya kau ni kreatif pulak tu". Naurah hanya ketawa kecil "Biasalah aku kan cikgu mestilah kreatif"."Tahniah la.Aku tak sangka sampai juga jodoh kau kan,aku ingat dulu si Mael Kambing tu pun tak de nak kan kau." "Mael kambing? eh, tak baik la orang tu ada nama, sedap nama dia Qayyum Fahim bin Ismail"."Alah,Mael tu nama bapak dia,kambing tu sebab badan dia hamis macam kambing,eh dah la cuba kau cerita kat aku macam mana kau kenal future husband kau ni,hensem pulak tu,sebab tu kot kau letak gambar korang berdua kat kad ni kan?". "Eh,nanti lah aku cerita,dahaga ni tak der ke air sirap ke? air kosong ke kat rumah kau ni?." Dzihni bingkas bangun meminta diri ke dapur sebentar. Naurah ditinggalkan sendirian fikirannya mula melayang memikirkan tunangannya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Hai, cik adik,seorang je ke?"
"Tak de lah sepuluh orang,tak nampak ke?"
"Kerusi ada 4 je,mana cukup cik adik nak duduk sepuluh orang..hehehhe kelakarlah cik adik ni"
"Yang lagi sembilan tu,ada yang bertanduk-tanduk kat belakang abang tu,tak nampah ek?"
"Eeh,cik adik ingat kiter nak mengorat dia lah tu kan,hehhehhehe saya nak tumpang duduk jer,cuba tengok tu semua tempat duduk dah penuh la." Naurah tertunduk malu, macam mana lah aku boleh terfikir mamat hensem ni nak pikat aku,tak sedar diri betol lah aku ni kan dah malu.
"Cik adik, nama abang Ray,nama adik pula siapa?"
" Naurah"
"Okay,adik kerja dekat mana?"
"Sekolah"
"Huh,muka dah boleh jadi mak orang,sekolah lagi ke? tak percayalah"
"Saya kerja cikgu lah."
"Oh,cikgu Naurah.Abang ni kerja jual ikan je,tak de lah hebat macam cikgu"
Naurah memandang lelaki dihadapannya atas bawah atas bawah.
"Haish,merapulah mana ada taukey ikan pakai punya 'smart', ini dah gaya eksekutif syarikat dah, nampak sangat menipu, ke abang kerja salesman ni?"
Ray tak dapat menahan ketawa, dia rasa kan lucu benar ayat yang keluar dari bibir wanita dihadapannya.
"Abang ada company supply ikan-ikan hiasan,benih-benih ikan macam ikan arowana, flowerhorn, tiger barb,oscar,guppy, ikan koi,ikan pelaga, red devil, Arapaima,benih-benih ikan keli,ikan haruan, ikan patin pun ada." Ray bersemangat bercerita. "Dah la abang saya bukan kenal pun ikan ni,kenal ikan sardin dalam tin je"
"Sorry, awak mengajar dekat sekolah mana?" "SK Seri Damai dekat Petronas tu, tak per lah abang saya minta diri dulu okay". Naurah merasa tidak selesa duduk semeja dengan lelaki yang terlebih ramah ini.
"Eh,nanti kejap,ni kad abang kat sini ada no phone,e-mail dengan website sekali, so pakej la awak boleh call abang bila free,boleh add facebook, twitter dengan skype abang sekali.Kalau terasa nak beli ikan hiasan untuk akuarium leh tengok katalog kat website ni,boleh rekemen member-member sekali abang kasi cikgu komisen,hehheheh" Naurah mengambil kad yang dihulurkan Ray dan terus berlalu pergi.Lagi dilayan makin menjadi pulak dia,tapi hensem giler kot mamat ni.hurm Adam Aqil Rayyan, nama seindah rupa, detik hati Naurah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Resh, aku dah ambil untuk melamar Naurah". Resh tersentak seketika, terkejut dengan hasrat sahabat akrabnya yang dikenali sejak kecil."Kau dah fikir masak-masak ke Ray?" "Jangan bimbang Resh, lepas aku kahwin nanti pun aku tetap juga lepak dengan kau, hubungan kita macam biasa lah dah nama pun sharepartner kan?" mereka berdua tersenyum penuh makna.

"Huh, kahwin ? Abang kita baru kenal 3 bulan je kan.keluar bersama pun baru  3- 4 kali tak kan dah kahwin? Tak rasa tergesa-gesa sangat ke?"
"Naurah, umur abang dah nak masuk 34 dah pun, umur Naurah pun dah 25 tahun dah sesuai sangat dah tu okay, lagipun abang tak mahu Nurul Naurah Jannah, "kuntuman bunga dari syurga" ini melepas dari gengaman abang"."Tapi Naurah tak sepadan dengan abang,Naurah tak cantik,kulit  gelap, kulit abang lagi halus kot rasanya.Naurah takut sangat." "Naurah takut apa? takut abang cari perempuan lain? Sumpah tak akan ada perempuan lain selain Naurah dalam hidup abang sampai mati."

Wednesday, June 8, 2011

Korek2 buang ikot tingkap...

 


Mama aku cakap dia rasa susah hati tiap kali tiba bulan May dengan November.Korang tau tak kenapa??? Tu lah time budak-budak unikl cuti sem..muahhahahhaa...Aku ni kira menjadi masalah dalaman mama aku la...Tiap-tiap kali cuti sem apa lagi aktiviti aku selain makan ,tidur,tolong mama aku (yang ni tak per dia suka.) dan berdatinglah...
Banyak kali dah aku disarankan supaya mengurangkan aktiviti berdating tersebut...Bukan selalu pun aku keluar dalam seminggu adalah 2 kali,itu pun kalau ada urusan lain contohnya beli barang ke..bayar bil ke.. Lepas tu barulah kitorang spend time together tengok wayang ke..menkendarah nasi campur kampung pertama ke...Lepak tepi pantai sambil cari pasal atau kadang-kadang buat pasal ke...Itu jelah...

Sejak kami bercouple secara rasmi ni adalah kot dalam 2-3 tahun,banyak dah perubahan yang berlaku.Kalau dulu secara diam-diam,tiap-tiap hari pun jumpa..tak payah dikenanglah banyaknya penyelewengan yang berlaku.Penat dah kot nak buat muka innocent je,padahal belakang..Nauzubillah..

Entry ini bukan nak buka cerita atau nak rasa bangga ada kekasih, tapi untuk kongsi pendapat dan pengalaman.Tipulah kalau cakap bercinta ini positif saja,kalau positif tak adanya Islam mengharamkan bercouple.Bukan tak tahu kan ,semua orang tahu tapi saja pekakkan telinga dan butakan mata buat-buat tak tahu kan???..

Mama aku cakap sebenarnya cinta ni TAK PERNAH WUJUD pun antara manusia.Cinta hanya milik Allah.Antara manusia ,lelaki dan perempuan hanya ada perasaan kasih sayang dan mungkin  juga nafsu (comfirm ada,kalo xder gay la tu). Kalau dah letak cinta tu pada bukan tempatnya tu yang jadi "chacha merba" tu.. Dalam minggu lepas aku baca surat khabar ("surat khabar apa tu aku tak leh cakap ,nanti timbul isu politik lak."), ada 2 kes buang bayi ,firstly diorg jumpa baby tu dalam sungai dan yang kedua itu ada bay kena campak dari atas flat jatuh ke bawah,bersepal kepala otak dia..

Buang baby macam buang cotton bud je,lepas ko jolok2 cotton bud dalam telinga,korek-korek sket.bila dah dapat taik telinga,Ko buang cotton bud sekali dengan taik telinga ko ikot tingkap..senang je kan..Lepas ni,aku ingat nak cadangkan kat kerajaan buat satu tong kat tepi jalan tulis situ "Please drop your unwanted baby here" . Buat sekolah ibu mengandung pun tak guna macam tu,habiskan duit kerajaan je..


Bila aku cakap pendidikan agama tu penting untuk cegah benda-benda ni jadi..Mesti ada puak-puak skirt pendek berambut blonde cakap.."Ingat yang pakai tudung tu baik sangat ke,jalan berpeluk-peluk dengan jantan"."Eleh,budak sekolah agama pun lagi ramai yang rosak".
Hello sis, sendiri mau ingat lah setan yang hasut budak-budak tu lagi power kot..Lagipun tak kan la setan nak anaiya "kawan-kawan baik" dia kan?

So,bagi aku pendidikan agama dengan hantar anak-anak masuk sekolah agama bertahun-tahun je tak cukup.kalau dia tak boleh menghayati apa yang dia belajar kat situ.Betul tak? Tambahan pula  yang mak bapak je sibuk hantar,anaknya tak mau pun.Aku dulu pun tak nak jugak masuk sekolah agama , siap buat-buat demam kot time interview kat sekolah taman selasih (kalau tak silap la..) so,tak pergi lah.. Tapi bila masuk sekolah menengah taman kenari ,kena jugak masuk kelas agama..Mama aku pernah cakap dia rasa sejuk tengok aku pakai tudung biru  yang labuh tu dengan baju kurung pi sekolah.Aku senyum ja..Tapi bila di buka pintu time aku balik sekolah,comfirm dia start serabut balik tengok aku.Nak tau kenapa..? tak payah citer kot dulu aku balik sekolah jalan kaki so tengah-tengah panas tu comfirm rasa nak tarik je semua lepas je pintu gate sekolah tu kan..

Sebagai khatimah entry, aku rasa keimanan dan pendirian hidup yang teguh penting untuk seseorang supaya jiwanya sentiasa cekal dan tidak mudah goyah menghadapi cabaran hidup.Memang kadang-kadang kita terasa rimas dengan semua peraturan dan hukum , tapi satu yang kita kena ingat semua hukum-hakam tuhan tu ada hikmah dan kebaikannya kepada manusia.

"Nikah gantung tangani masalah buang bayi dan kemaruk seks"

Sunday, May 15, 2011

keranaku ada kamu...

Keranaku ada Kamu..
Tuhan ku tempat untuk aku memohon..
Secebis kemaafan diatas dosaku yang bagai pasir di pantai...
Keberkatan hidup dan kekuatan jiwaku dalam menghadapi ujianmu..

Ya Allah ya rabbi..
Tuhan sekalian alam..
kerana Kau yang Maha Mengertahui..
setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..

Kau lindungilah aku..
Hambamu..yang lemah..
Teguhkanlah KEIMANANANKU..
Tetapkan lah pendirianku...

(Share dari blog orang nie..saya lukis cmfirm anda tak paham..)
Keranaku ada kamu..
Sahabatku..
Yang tak pernah jemu mendampingiku..
Mengingatkan aku bahawa..
Bukan aku seorang diuji di dunia ini..

Keranaku ada kamu yang buat aku rasa
masih diperlukan dan dihargai di dunia..
Masih ada yang menyayangi aku...
Mengingatkan aku sakit fizikal dan emosi itu ada penawarnya...

Duhai hati...
Tabah lah dikau...

Tuesday, May 10, 2011

Wanita itu...

Hebatnya penangan cinta sampai hampir sanggup jadi anak derhaka...



Kerana wanita itu...
Aku boleh melihat keindahan dunia...
Merenung dalam matanya...
Aku peroleh ketenangan yg tidak dapat digambarkan...
Berbaring dlam dakapannya buat aku terbuai lena...selesa...oh..bahagianya...


Dia guru pertama...
mengajar aku mengatur langkah..walaupun sering rebah...
Duhai anak ku kau harus kuat...sekali melangkah jangan sekali berpatah arah....
Biarpun lambat kau mengatur melangkah..Tetapi jangan sekali kau berhenti...
Insyaallah kau pasti dihadapan sekali...

Bila masa makin berlalu...
Hormon-hormon nakal mula memporak peranda emosiku...
Disaat  itu aku makin jauh darimu..
Pelukan dan dakapanmu yang dulu membuaiku..
Kini bagaikan rantai-rantai besi yang mengikatku...

Aku mahu bebas tentukan hidupku..
Itu bukan urusan mu..
Ini hidupku...
Jangan halang aku....

Tetapi kau wanita hebat...
Api tak boleh dilawan dengan api..
Setitik air mata kesal yang mengalir dari matamu..
Cukup untuk memadamkan api keegoanku...

Dibahu mu juga dulu aku menangis
Kerana kecewa atas kegagalan cinta pertamaku..
Dunia bagai gelap gelita ketika itu..




Disaat itu aku berjanji...
Aku tak akan membiarkan mutiara jernih keluar dari matamu lagi..
Aku bersumpah akan ku hapuskan PARASIT JAHAT yang " mencuri nutrisi bahagia" keluarga kita...

Tabahlah ibuku...
Ini dugaan Allah...pasti ada hikmahnya..
Sudah-sudahlah berkorban...
Andai pengorbananmu tak dihargai seorang lelaki..
Tidak ada siapa akan menyalahkanmu...
Kami tahu kau berhak bahagia...
Apa guna mengabdikan diri pada insan yang tak pernah menghargai..

"Kahwinlah dengan lelaki yang mencintaimu...bukan dengan lelaki yang kamu cinta"
Aku masih mencuba memahami pesanan ini..
Insyaallah..satu masa aku akan mengerti...


(P/s Khas untuk mama...Salimah Ahmad...cekalkan hatimu..mantapkan keimananmu..)

Kerana kau berhak hidup bahagia...

Wednesday, March 30, 2011

10 jawapan yg sy slalu ckp tp awk xpaham2...(jwpn si jejaka)Sy

1."Hahahaa..trus terang k kdg2 sy tak ada benda nak ckp bla sy kol awk k,takut kita gadoh je k.."


2."Sy suka awk ajk sy kuar k,dulu2 kn sy yg ajk awk kuar dulu...Tp skrg biar la awk yg ajak sy kuar plk k"


3."sbb itu kebebasan awk..kalau awk nk bgtau sy awk nk kuar ke mana n dgn sapa..awk bgtau la k.."


4."hahahahha..biasalah k..sy suka bila awk suruh sy buat apa2 pun..xrasa myusahkn pun k.."


5."Sy nak bg hadiah yg plg istimewa pd awk,bla dah tiba masanya k"


6."Salah ke sy ulang msg pkataan yg sma?,dah itu diri sy k"


7."Awk yg suka cari gadoh dulu dgn sy k.."


8."Sy xpernah awk mcm tu pun,awk dah buktikn pd sy yg awk boleh b,dikari.."


9."Bila plk?, awk dah masak pun ari tu k,jd awk pndai msk la k" (even xbrapa sdp...) 
<< ckp dlm ati ingat aku xdengaq ka???>>


10."Ish..bknnya sy xmau puji awk cntik k sy xmau la org kata awk cntik sy pun kena kata awk cntik k tp  sy nak awk tahusy puji awk dr hatisy yg tulus dan  ikhlas k biar org len tak nampak tp sy nk dari mata sy n mata hati sy awk cntik k...


 (aku copy direct dari msg...hampa suma paham ka?,betapa complicatednya kecntikkn aku ditafsirkn...muhahahhahah)

10 sebab kenapa saya tak tahu samaada sy benci @ cintakn awak..

AMARAN: Post ini boleh membawa rasa loya dan mual ditekak,bg yang mgalami alahan sila berhenti dari mbacanya..

Tau xcntik..tp comel jgk kn...??? muahahhaha


1. Awak tak akan call dan mesej sy,selagi saya tak call dan mesej awk tlebih dahulu...
2.Awak tak kn keluar dengan sy,selagi sy tak ajak keluar..
3.Awak tak pernah amik kisah sy kuar ke mana n dengan siapa pun sy kuar...
4.Awak tak akan buat apa-apa untuk saya,selagi saya tak suruh..
5.Awak tak pernah bagi hadiah or celebrate birthday or anniversary kita...even dekat 5 tahun kita bersama..
6.Awak selalu sms benda yg perkataan sama dari dulu lagi.....
7.Awak selalu bergaduh dengan saya...
8.Awak selalu anggap saya tak boleh buat apa2 sendiri..
9.Awak selalu cakap saya ni tak tahu buat kerja rumah..
10.Awak tak pernah puji saya cantik pun...(buruk sgt ke,smp xleh puji???)

Tuesday, March 1, 2011

awek 7e ajar aku mbaca...

"ni mana p org jaga kedai ni...!!!!" marah dalam hati...Aku panjangkan leher jenguk2..kot2 ada org...tak nampak sapa2 pun.."haish, tau dak aku nak cepat nie.."  Dekat 5 minit jgk la aku berlegar2 mcm helikopter nuri dlm 7e tu..kalo xdesprate nak top up xder nyer aku nak tunggu..

"sorry yer ..sy kat belakang tadi tag barang.." ada suara tegur aku..
"bagi top up celcom 10 engget" pintaku dgn sora kerek..tak tengok lnsung muka minah 7e tu..
geram aku aih....
Aku pun bagi kepala agong kaler merah kat pompuan tu...
Sekali aku tpandang muka dia....pergh..terpana seketika....
eh, bukan jatuh cinta beb..aku normal okay...
Muka dia mcm penah tgok..urmmm...aku blurr 10 saat...

bila dah masok dlm kereta aku diam jer...tgah pikir sapa ek pmpn tu...

BACK IN 1998..
"adila, kami nak pindah sekolah tmn selasih tahun depan..."
"betoi ke? nanti tinggai aku sorg la..nak pi rahat dengan sapa?"
"tak per,nanti dapat la kawan len..kami pun pi sekolah baru xdak kawan jgk.."
"weh,jgn la pindah..."
"kena pindah jgk..ayh kami ckp sekolah sini jauh..sekolah sana dekat sikit.."
"jangan la pindahhh...."

~ ~ ~BEGITULAH FLASHBACK SAYA...~ ~ ~
 Gadis 7e tu adalah besfrenzz aku dari darjah 2..bila dia pndah skolah time darjah 4 ..aku still contact dgn dia melalui telefon dan surat menyurat..tapi bila dah makin membesar dah lost contact mcm tu ja..last skali aku kol dia time form 4 inform aku dpt masok skolah asrama..pastu kol no fon umah dia dah xleh guna..hurm...
seingat aku last sekali jmp dia time aku kerja lepas SPM dulu jd "penjual gadis"...Lpas kuar result SPM aku masok matrik, dah tak tau lnsung pasal dia...Ada time rehat aku pi tmpat reja dia,tnya result dia.dia senyum jer tak cakap apa2...


"weyh..cikgu zainal suruh baca la..mati aku weyh satgi dia pulas perot..."
'hampa dengaq kami baca dulu k..."
"okay"
" Nama saya Mei Ling.."
"Yang tu aku tau dah..ni yang muka surat sebelah ni..."

( p/s mesti hamapa suma hafal jugak kn dialog dlm buku teks Bahasa Malaysia Tahun 2 dulu..aku try cari cover buku tu xder lak..tp buku tu ada pic bunga raya..bendera malaysia..cover kaler maler tu..ada hijau ,merah..)

"Haa..menantu cikgu baca..." Cikgu Zainal Abidin bin Jais berkata..
dengar mcm manja jer kn dia cakap...tapi peluh jntan ,betina ngan pondan dah kuar dah suma..kecut perot..hati mcm nak tkeluar....
Tapi aku gagahi jua..dgn suara yg lntang..aku pun baca ...opss bukan baca aku hafal..yer...buku darjah 1 dgn 2 aku hafal sumanyer..sbb aku TAK RETI BACA...
"Eh, mana ada perkataan tu.."
"huh.." aku pun smbung baca lg...opss hafal!! lancar kot aku hafal..
"haa..okay duduk, yang belakang sambung"
aku pun tarik nafas lega....
dan tiba2....
"menantu cikgu, baca..."

DAN.....
disini lah rahsia aku tak reti mbaca terbongkar.....
tak nak la cter...malu..hahahahaha..
Nak dipendekkan citer kawan baik aku ni la yg ajar aku mbaca...sampai la aku pandai..kalo tak der dia n cikgu zainal tak der lah aku boleh menulis blog ni kn..aku tak la jd mcm apa yg aku ada skrg...

Hampa nak tau..smp la neh..cter aku sering dijadikan teladan untuk budak2 sekolah..
"Kamu tahu tak, ada murid sy dulu darjah 2 pun tak reti baca lg..tapi dia rajin skrg dah boleh masok universiti amik perubatan tau.." ~sumber adik aku ~
amik perubatan???? jgn salah kan aku aku dah terang banyak kali dah kat cikgu zainal ckp aku amik makmal perubatan jer..tapi dah dia absorb yg tu..aku nak wat cam ner..hehehehhe last aku jmp cikgu zainal masa tahun 2009, time beli buku latihan kat adik aku yg last..baru ni jmp kat simpang 4 tmn kenari tu..beliau dah tukar kereta..pergh besar..dulu time mgajar aku nek tiara hijau jer...

To siti hajar nazri..mcm mna ek nak mencari kamo...masih di rumah yg lama ke? i really mis u..xtau dia reja 7e tu ke or x lg..rasanya part time je kot time cuti sem..dia bdk baik..bkan mcm aku.cuti dok perabis beras jer....