BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 8, 2011

Korek2 buang ikot tingkap...

 


Mama aku cakap dia rasa susah hati tiap kali tiba bulan May dengan November.Korang tau tak kenapa??? Tu lah time budak-budak unikl cuti sem..muahhahahhaa...Aku ni kira menjadi masalah dalaman mama aku la...Tiap-tiap kali cuti sem apa lagi aktiviti aku selain makan ,tidur,tolong mama aku (yang ni tak per dia suka.) dan berdatinglah...
Banyak kali dah aku disarankan supaya mengurangkan aktiviti berdating tersebut...Bukan selalu pun aku keluar dalam seminggu adalah 2 kali,itu pun kalau ada urusan lain contohnya beli barang ke..bayar bil ke.. Lepas tu barulah kitorang spend time together tengok wayang ke..menkendarah nasi campur kampung pertama ke...Lepak tepi pantai sambil cari pasal atau kadang-kadang buat pasal ke...Itu jelah...

Sejak kami bercouple secara rasmi ni adalah kot dalam 2-3 tahun,banyak dah perubahan yang berlaku.Kalau dulu secara diam-diam,tiap-tiap hari pun jumpa..tak payah dikenanglah banyaknya penyelewengan yang berlaku.Penat dah kot nak buat muka innocent je,padahal belakang..Nauzubillah..

Entry ini bukan nak buka cerita atau nak rasa bangga ada kekasih, tapi untuk kongsi pendapat dan pengalaman.Tipulah kalau cakap bercinta ini positif saja,kalau positif tak adanya Islam mengharamkan bercouple.Bukan tak tahu kan ,semua orang tahu tapi saja pekakkan telinga dan butakan mata buat-buat tak tahu kan???..

Mama aku cakap sebenarnya cinta ni TAK PERNAH WUJUD pun antara manusia.Cinta hanya milik Allah.Antara manusia ,lelaki dan perempuan hanya ada perasaan kasih sayang dan mungkin  juga nafsu (comfirm ada,kalo xder gay la tu). Kalau dah letak cinta tu pada bukan tempatnya tu yang jadi "chacha merba" tu.. Dalam minggu lepas aku baca surat khabar ("surat khabar apa tu aku tak leh cakap ,nanti timbul isu politik lak."), ada 2 kes buang bayi ,firstly diorg jumpa baby tu dalam sungai dan yang kedua itu ada bay kena campak dari atas flat jatuh ke bawah,bersepal kepala otak dia..

Buang baby macam buang cotton bud je,lepas ko jolok2 cotton bud dalam telinga,korek-korek sket.bila dah dapat taik telinga,Ko buang cotton bud sekali dengan taik telinga ko ikot tingkap..senang je kan..Lepas ni,aku ingat nak cadangkan kat kerajaan buat satu tong kat tepi jalan tulis situ "Please drop your unwanted baby here" . Buat sekolah ibu mengandung pun tak guna macam tu,habiskan duit kerajaan je..


Bila aku cakap pendidikan agama tu penting untuk cegah benda-benda ni jadi..Mesti ada puak-puak skirt pendek berambut blonde cakap.."Ingat yang pakai tudung tu baik sangat ke,jalan berpeluk-peluk dengan jantan"."Eleh,budak sekolah agama pun lagi ramai yang rosak".
Hello sis, sendiri mau ingat lah setan yang hasut budak-budak tu lagi power kot..Lagipun tak kan la setan nak anaiya "kawan-kawan baik" dia kan?

So,bagi aku pendidikan agama dengan hantar anak-anak masuk sekolah agama bertahun-tahun je tak cukup.kalau dia tak boleh menghayati apa yang dia belajar kat situ.Betul tak? Tambahan pula  yang mak bapak je sibuk hantar,anaknya tak mau pun.Aku dulu pun tak nak jugak masuk sekolah agama , siap buat-buat demam kot time interview kat sekolah taman selasih (kalau tak silap la..) so,tak pergi lah.. Tapi bila masuk sekolah menengah taman kenari ,kena jugak masuk kelas agama..Mama aku pernah cakap dia rasa sejuk tengok aku pakai tudung biru  yang labuh tu dengan baju kurung pi sekolah.Aku senyum ja..Tapi bila di buka pintu time aku balik sekolah,comfirm dia start serabut balik tengok aku.Nak tau kenapa..? tak payah citer kot dulu aku balik sekolah jalan kaki so tengah-tengah panas tu comfirm rasa nak tarik je semua lepas je pintu gate sekolah tu kan..

Sebagai khatimah entry, aku rasa keimanan dan pendirian hidup yang teguh penting untuk seseorang supaya jiwanya sentiasa cekal dan tidak mudah goyah menghadapi cabaran hidup.Memang kadang-kadang kita terasa rimas dengan semua peraturan dan hukum , tapi satu yang kita kena ingat semua hukum-hakam tuhan tu ada hikmah dan kebaikannya kepada manusia.

"Nikah gantung tangani masalah buang bayi dan kemaruk seks"

0 org ckap....: