BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 11, 2011

Bunga Syurga part 1

" Dzihni,ambil ni kad jemputan perkhawinan aku." Nurul Naurah Jannah menghulurkan kad berwarna biru keungguan itu kepada Dzihni. "Amboi cantiknya, kad hand made lagi ni..rajinnya kau ni kreatif pulak tu". Naurah hanya ketawa kecil "Biasalah aku kan cikgu mestilah kreatif"."Tahniah la.Aku tak sangka sampai juga jodoh kau kan,aku ingat dulu si Mael Kambing tu pun tak de nak kan kau." "Mael kambing? eh, tak baik la orang tu ada nama, sedap nama dia Qayyum Fahim bin Ismail"."Alah,Mael tu nama bapak dia,kambing tu sebab badan dia hamis macam kambing,eh dah la cuba kau cerita kat aku macam mana kau kenal future husband kau ni,hensem pulak tu,sebab tu kot kau letak gambar korang berdua kat kad ni kan?". "Eh,nanti lah aku cerita,dahaga ni tak der ke air sirap ke? air kosong ke kat rumah kau ni?." Dzihni bingkas bangun meminta diri ke dapur sebentar. Naurah ditinggalkan sendirian fikirannya mula melayang memikirkan tunangannya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Hai, cik adik,seorang je ke?"
"Tak de lah sepuluh orang,tak nampak ke?"
"Kerusi ada 4 je,mana cukup cik adik nak duduk sepuluh orang..hehehhe kelakarlah cik adik ni"
"Yang lagi sembilan tu,ada yang bertanduk-tanduk kat belakang abang tu,tak nampah ek?"
"Eeh,cik adik ingat kiter nak mengorat dia lah tu kan,hehhehhehe saya nak tumpang duduk jer,cuba tengok tu semua tempat duduk dah penuh la." Naurah tertunduk malu, macam mana lah aku boleh terfikir mamat hensem ni nak pikat aku,tak sedar diri betol lah aku ni kan dah malu.
"Cik adik, nama abang Ray,nama adik pula siapa?"
" Naurah"
"Okay,adik kerja dekat mana?"
"Sekolah"
"Huh,muka dah boleh jadi mak orang,sekolah lagi ke? tak percayalah"
"Saya kerja cikgu lah."
"Oh,cikgu Naurah.Abang ni kerja jual ikan je,tak de lah hebat macam cikgu"
Naurah memandang lelaki dihadapannya atas bawah atas bawah.
"Haish,merapulah mana ada taukey ikan pakai punya 'smart', ini dah gaya eksekutif syarikat dah, nampak sangat menipu, ke abang kerja salesman ni?"
Ray tak dapat menahan ketawa, dia rasa kan lucu benar ayat yang keluar dari bibir wanita dihadapannya.
"Abang ada company supply ikan-ikan hiasan,benih-benih ikan macam ikan arowana, flowerhorn, tiger barb,oscar,guppy, ikan koi,ikan pelaga, red devil, Arapaima,benih-benih ikan keli,ikan haruan, ikan patin pun ada." Ray bersemangat bercerita. "Dah la abang saya bukan kenal pun ikan ni,kenal ikan sardin dalam tin je"
"Sorry, awak mengajar dekat sekolah mana?" "SK Seri Damai dekat Petronas tu, tak per lah abang saya minta diri dulu okay". Naurah merasa tidak selesa duduk semeja dengan lelaki yang terlebih ramah ini.
"Eh,nanti kejap,ni kad abang kat sini ada no phone,e-mail dengan website sekali, so pakej la awak boleh call abang bila free,boleh add facebook, twitter dengan skype abang sekali.Kalau terasa nak beli ikan hiasan untuk akuarium leh tengok katalog kat website ni,boleh rekemen member-member sekali abang kasi cikgu komisen,hehheheh" Naurah mengambil kad yang dihulurkan Ray dan terus berlalu pergi.Lagi dilayan makin menjadi pulak dia,tapi hensem giler kot mamat ni.hurm Adam Aqil Rayyan, nama seindah rupa, detik hati Naurah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Resh, aku dah ambil untuk melamar Naurah". Resh tersentak seketika, terkejut dengan hasrat sahabat akrabnya yang dikenali sejak kecil."Kau dah fikir masak-masak ke Ray?" "Jangan bimbang Resh, lepas aku kahwin nanti pun aku tetap juga lepak dengan kau, hubungan kita macam biasa lah dah nama pun sharepartner kan?" mereka berdua tersenyum penuh makna.

"Huh, kahwin ? Abang kita baru kenal 3 bulan je kan.keluar bersama pun baru  3- 4 kali tak kan dah kahwin? Tak rasa tergesa-gesa sangat ke?"
"Naurah, umur abang dah nak masuk 34 dah pun, umur Naurah pun dah 25 tahun dah sesuai sangat dah tu okay, lagipun abang tak mahu Nurul Naurah Jannah, "kuntuman bunga dari syurga" ini melepas dari gengaman abang"."Tapi Naurah tak sepadan dengan abang,Naurah tak cantik,kulit  gelap, kulit abang lagi halus kot rasanya.Naurah takut sangat." "Naurah takut apa? takut abang cari perempuan lain? Sumpah tak akan ada perempuan lain selain Naurah dalam hidup abang sampai mati."

0 org ckap....: