BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 10, 2010

Jatuh cinta.....

Nyaman udara pagi itu...aku berjalan di padang yang lapang ditumbuhi rumput-rumput renek berwarna ungu dan biru lembut..."Cantiknya tempat ni" bisik hatiku..Sesekali angin sepoi-sepoi bahasa bertiup..aku membetulkan selendang putih yang ku pakai.Aku berjalan lagi. Rumput-rumput renek itu seakan-akan menari mengikut irama apabila ditiup angin.Aku terpegun melihat pemandangan yang indah seakan mimpi itu.Sepupuku yang jalan seiring dan ku tiba-tiba mencuit lenganku ,lamunanku terhenti. "Wah,cantiknya..." Ada dua lapisan pelangi di sebalik bukit sana.Agak jauh dari tempat aku dan dia berdiri. Kami berdua berlari-lari anak menuju kearah pelangi itu untuk melihat dengan lebih jelas. Kawasan lapang berbukit itu agak landai pada mulanya tapi semakin hampir pada puncak bukit itu semakin curam dan berbatu-batu.Aku sudah kehabisan tenaga dan berhenti dibelah bongkah batu yang besar.Tetapi apabila aku menoleh kebelakang ramainya orang...Nampaknya aku menghalang laluan orang.Aku mengagahkan diri untuk ikut sama berlari, aku jadi bingung ditinggalkan sendirian disitu.Dimanakah sepupu aku tadi? Aku mencari-cari  dia dicelah-celah kesesakan manusia yang entah dari mana datang..Aku gagal..

Penat..giler lari-lari..tanpa arah.....


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Dalam kesesakan manusia yang menyesakkan minda dan nafasku, pandanganku tertarik pada seorang jejaka yang sedang duduk diatas batu seberang jalan sana.Dia tersenyum memandangku. Aku hanya memandang dia sekali imbas. Aku jadi tidak selesa dan segera mengalihkan pandangan dan bangun untuk meneruskan perjalanan mendaki bukit-bukit berbatu itu.Sampai aku disebuah bongkah batu yang besar..."Aku mencuba berpaut pada batu itu, aku meraba-raba mencari tempat berpaut.Hanya aku disitu seorang diri."Bagaimana mereka naik keatas?" Aku memerhati disekeliling mencari jalan alternatif..Namun hampa,itu sahaja jalan yang ada. Aku terpaksa memanjat bongkah batu itu, dengan skirt labuh yang aku pakai amat merimaskan, peluh memlekit-lekit di tubuhku. Aku menoleh ke belakang, jejaka tadi ada dibelakangku.Dia cuma tersenyum dan memberi insyarat supaya aku mendaki bongkah batu itu dahulu, dia betul-betul berada dibelakangku.Aku mengalih pandanganku dan terus menumpukan perhatian pada pendakian."Huh,senang ja naik batu ni,kenapa tadi aku tak boleh naik" aku mengomel dalam hati..Aku tersenyum apabila dapat melihat pelangi itu semakin hampir dengan aku, akibat terlalu ghairah aku hampir tergelicir.Sebelum tiba-tiba tanganku digapai oleh jejaka tadi dengan pantas.Aku tersentak,bukankah lelaki ini berada dibawah sebentar tadi,bagaimana dia boleh mendahului aku. Aku tidak berani melihat wajahnya,seperti biasa aku cepat-cepat mengalih pandangan  .

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX------------------------------XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Aku berjalan lagi tapi kali ini beriringan dengan jejaka tadi.Tiada sebarang kata-kata yang terucap antara kami berdua.Cuma berjalan perlahan-lahan.Kami menyusuri dusun buah-buahan.Aku kagum melihat buah-buahan disitu buah epal berwarna biru dan ungu.Buah anggur berwarna silver..Buah langsat sebesar buah labu. Aku berlari kearah pohon buah-buahan itu.Sebelum,jejaka itu menarik tanganku lembut. Aku hanya mengikut arahan dia supaya tidak menghampiri pohon buah-buahan itu. Dia tidak bercakap apa-apa,tapi aku tahu dia faham aku berasa lapar dan dahaga. Aku pasti dia akan membawaku ke tempat yang lebih selesa.Aku rimas badanku melekit, peluh membasahi baju putih yang aku pakai..Bila aku memandang dia,dia kelihatan bersahaja.Tidak seperti aku yang berperang dengan emosi dan tidak selesa.Dia masih mengengam erat tanganku,aku mengikut tanpa membantah.Tapi dalam hatiku timbul rasa tidak puas hati,siapa dia? mengapa aku ikut dia? kenapa aku tidak boleh bertentang mata dengan dia?
Lamunan aku terhenti apabila kami sampai dipersimpangan jalan, ada 3 lorong didepan kami.Dia memberi insyarat kepadaku untuk memilih jalan yang mana hendak dilalu.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX----------------------XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Jalan yang aku pilih tadi membawa kami ke sebuah surau atau masjid lama,itu aku tidak pasti. Aku melihat masjid itu kelihatan agak daif dari luar, tapi ramai jemaah yang sedang bersolat. Aku ingin melangkah masuk kedalam masjid itu,tapi bila melihat kakiku yang kotor akibat perjalanan tadi aku agak berasa was-was.Sebelum tiba-tiba muncul seorang lelaki separuh abad datang menjemput kami masuk ke masjid itu.Wajah lelaki tu itu juga tenang,dia senyum kearahku sambil menunjukkan kamar mandi kearahku. Aku membuka pintu yang yang dibuat dari zink karat itu,sangka ku kamar mandi itu buruk tapi aku terkejut melihat ada kolam air yang cantik untuk mengambil wuduk disitu. Aku menadah air dengan tangan lalu membasuh mukaku.Airnya sangat sejuk,aku  mengigil.Aku mencari gayung untuk mencedok air dari kolam itu, aku nampak gayong itu hanyut ketengah bahagian kolam yang luas itu.Aku cuba mengapai gayong itu,tapi  tidak berhasil.Aku buka selendang yang aku pakai dan berusaha menarik gayong itu dengan selendang,terkial-kial aku. Aku geram.Perlukah aku terjun sahaja kedalam kolam ini untuk mandi? Aku xsanggup,air nya sngat sejuk..Tiba-tiba jejaka tadi masuk kedalam kamar mandi itu,aku terkejut.

XXXXXXXXXXXXXXXXXX---------------------------XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Aku jadi kelu,perasaan bercampur-campur antara terkejut, gementar dan mungkin juga suka bercampur bahagia bila tubuh dia begitu hampir dengan aku.Dia merangkul pinggangku erat dan angkat tubuhku letakan diatas batu di tebing kolam itu (sebelah tangan ja beb..).Dia menjirus air ketubuhku bermula dari kaki,aku cuba mengelak,fobia sejuk.Tapi dari dia seakan-akan menyakini aku bahawa air itu tidak begitu sejuk.Aku buat muka fobia,bila dia jirus.Memang betul air tu tak sejuk tapi suam.Aku makin hairan.Jejaka itu mengurai-urai rambutku yang panjang separas bahu dan mengusap kepala ku lembut.Buat pertama kalinya aku memberanikan diri untuk menatap wajah jejaka itu , tapi aku hanya ingat jejaka itu berkulit kulit putih kemerahan, hidungnya agak mancung, bibirnya agak memikat mengukir senyuman padaku dan rambutnya lebat,hitam pekat,agak tercacak-cacak tapi pendek dan kemas.Aku jadi malu,bila dia sedar aku memerhatikannya.Aku mengalihkan pandangan , sebelum tiba-tiba aku rasakan jari-jemari kasarnya memegang bahuku dan mengusap bahuku lembut.Aku pun merapatkan badanku ke dadanya yang bidang itu.Aku pejam rapat mataku dan aku dapat rasakan pelukan erat itu dan hanya pasrah menanti apa terjadi seterusnya.......Sebelum tiba-tiba DAMMMMMM......bunyi kuat membuat aku terkejut dari MIMPI..
Arghh....potong betol la..si Mel ni balik pagi-pagi buta hentak pintu bilik kuat2 wat apa....Aku bangun kebilik air sambil senyum. Setelah memeriksa apa yang patut. Aku mengambil wuduk sambil tersenyum dah mulut ku terkumat-kamit praktis doa qunut.. Aku amat bersyukur tak terhingga sebab tak miss subuh hari tu...


XXXXXXXXXXXXXXXXXXX-------------------------------------XXXXXXXXXXXXXXXXX
Aku agak terkilan sebab tak sempat nak tanya nama jejaka dalam mimpi tu..Ntah sapa2 lah dia.Walau aku sebenarnya tak tahu dia wujud ke tak dalam alam realiti ni..Aku nak ucapkan terima kasih sebab hadir dalam mimpi aku dan menyempurnakan mimpiku.Kalau awak betul-betul ada kat alam realiti ni boleh tak kita berkenalan..huhuhuu..Saya memamg pemalu sampai dalam mimpi pun malu,sedangkan tu mimpi saya, tapi awak jadi hero dalam mimpi saya.Tu buat saya tak puas ati!!!!...

p/s Aku tak jadi potong rambut,nak kena simpan sampai bahu ni.....

0 org ckap....: