BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 20, 2010

Dia hantar skuad FBI la plak!!!!!

Gobek cantik gobek cik puan
Sirih dikunyah menjadi sepah
Tabik encik tabiklah tuan
Kami datang membawa sembah



Bukan kacang sebarang kacang
Kacang melilit si kayu jati
Bukan datang sebarang datang
Datang membawa hajat di hati.


Menilik atau merisik pada hakikatnya adalah adat yang memang baik dan berguna jika ia dijalankan bersesuaian dengan tujuannya, iaitu untuk memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Ini adalah untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka.

 Pilihan yang tepat adalah difikirkan perlu bukan sahaja terhadap diri anak dara terbabit, tetapi juga ibu bapanya. Ini adalah kerana orang-orang Melayu dahulu berpegang kuat kepada perbidalan Melayu "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu”.Anak dara yang biasanya menjadi rebutan dan pilihan utama adalah anak dara yang sudah khatam Al-Quran, fasih dalam bacaan dan mahir membaca Al-Quran dalam lagunya serta mempunyai sedikit sebanyak tentang pengetahuan dan hukum-hukum dalam agama Islam. Begitu juga mereka akan dinilai dari segi rupa paras yang elok dan beberapa kemahiran asas yang lain seperti menjahit, menekat dan memasak.

Ada rombongan yang datang tanpa diberitahu dan ada juga yang datang setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak perempuan. Pada fahaman dan kepercayaan orang tua-tua, apabila kedatangan menilik atau merisik itu dilakukan dengan tiba-tiba sahaja dan secara kebetulan pada waktu itu didapati anak dara tersebut sedang mandi atau mencuci pakaian, maka ia membawa suatu petanda yang baik, iaitu menunjukkan jodoh pertemuan yang sejuk. Ini kononnya membawa maksud bahawa jika kedua-duanya jadi diikat sebagai suami isteri, kehidupan mereka akan menjadi senang-lenang dan keadaan rumahtangga mereka akan sentiasa aman muafakat. Akan tetapi, sekiranya sewaktu rombongan datang, anak dara tersebut sedang memasak, maka ia membawa alamat kurang baik kerana dengan yang demikian, kononnya, membawa petanda panas, iaitu tidak begitu baik. Begitu juga dipercayai oleh orang tua-tua Melayu dahulu bahawa jika sewaktu di dalam perjalanan rombongan hendak pergi merisik anak dara berlaku sesuatu bencana seperti terdapat kayu di tengah-tengah jalan, iaitu sesuatu yang dianggap menggendalakan, maka ia juga dikatakan membawa petanda yang kurang baik terhadap jodoh tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu moden kini, kepercayaan-kepercayaan sedemikian tidak lagi diamalkan dan dititikberatkan. Malah, tidak mustahil dikatakan sebilangan besar masyarakat Melayu kini kurang memahami alamat-alamat dan petanda yang datang kepada mereka.

----------------------------------------------------------
Al-kisah bgun subuh terus xtido balik..Ntah apa angin terus amik penyapu sapu segala serok rumah bawah kerusi tepi kusyen..berhabuk boleh buat amali tayammum...tiba2 terasa dengki terus gerak seisi rumah yang tegah tido bangun...aku pun berceramah.."Dalam kitab cakap, berat tau rezeki org tido lpas subuh....otak pun jadi lembap..cuba hampa bangun buat senamrobik ke...tlg aku basuh kain ka..."

Setelah membuat adik2 aku rasa annoying dan begang aku pun rasa puas ati... : p

Terasa pulak nak makan bihun sup gearbox..aku pun suggest dekat "ketua chef"..permohonan dilulusan dgn syarat aku kna take over keja tukang chef yang nak amik half day..adoyai..dengan pengalaman masuk cerok dapur 4 bln skali tu..aku pun berjaya menyiapkan sup gear box terbabit..ntah apa rasa aku xtau skrg dah tgal suku periuk ja...(sedap kot?????) hahahhaha

Tiba2 si enset buruk aku pun menjerit2 dgn suara seksi...aku pun angkat la .....
"Kami sekarang dekat Junjong ni,nak pi rumah ni..."
"Huh??...nak wat apa?"
"Adalah...mak pun ikot skali..kami mai 3 org..."
"Haa...apa ni? jap xmandi lg ni...p la ronda2 dulu k..."
"Cepatla siap.."
"Okey..."
  
p/s sejuk giler mandi pukul 9 pagi....
_____________________________________________________________________

"Depa mai panggil makn kenduri ja la mama.."
"Ish...kalo nak panggil makan kenduri boleh ja suruh MR XY bg..xpayah la mak ayah dia nak mai skali..."
"Mana ada...panggil makan kenduri jelah..."
"Hang ni....org tua2 tau la..hang tu tau apa.."
"Mama rasa mama dah tua ke? hahahhahha"
"Amboii...kata aku tua..."
"Apa kes dia tu? hari tu nak putus,pastu nak sambung...pastu macam ni plak..."
"Kan hang cakap hari tu,xmau dah kapel dengan dia...dah xmau kapel dia nak bertunang plak kot.."
"Dia tu xpaham ka,dah org ckp xmau kapel tu mcm org xmau kat dia dah ler.."
"Dia tu positive thinking kot..sangka baik ja..."
"Kalo sangka baik,xdaknya dia nak tuduh org mcm2...elok2 org setia dgn dia ,dia ckp org ada jntan len kat sana..."
"Cemburukan tanda sayang.."
"Pulun la dia tu...!!!"
"Hang tu pun sama..asyik nak menang ja"
"Habis tu? sapa nak kalah bila berkelahi?"
"Malas dah aih..aku nak amik tau hal budak2.... Hang mau ke tak kat dia tu?"
"Hurmmm.."
"Awat rasa xcukup enjoy lagi? "
"Yelah..xconfident la dengan dia...suka amik keputusan tu xtetap.."
"Rimasnya aku....hampa nie.."
"Hari tu cakap nak putus sgt2 dah..pastu nak sambung..org xbagi keputusan pun lg..dia wat mcm ni plak? apa kes ni? men kasaq....rasa nak sekeh je kepala dia.."
"Jangan la sekeh satgi lagi dongga plak..hahhaha..hang dok jeling dia tadi sampai xhabis dia makan tadi..kcian..."
"Lantak dia lah...."
"Hang nak dia ke tak ni?"
"Mama p tidoq la..kacau la orang nak men fb nie..."

____________________________________________________________________________
Aku capai plastik pink yang mak MR XY kasi siang tadi..dalam plastik tu ada sepasang baju kurung kaler merah hati...Dari siang tadi lagi adik2 aku dok try sakan..aku malas nak amik port lntak la hati aku sakit asyik kena perli...Aku pun try skrg suma dah tido..besar skit pinggang dgn bahu tapi muat2 je dekat atas..huhuhuhu...seksi giler kaler merah...tulus,telus,tebus ikhlas nampak shape beb....xleh jadi apahal xder lining baju ni?..xperlah jnji cantik.....
Eh,apahal aku ni!!!!!!!...
----------------------------------------------------------------------------------------------------
"Siang tadi saja mai panggil kenduri je kan, xdak nak risik2 kn kn kn??" (via enset cabuk)
"Skali la k" (via enset MR XY)
"Haish,mengarut lah.." (via enset cabuk)
"Knapa salah ke?" (via enset MR XY)
" Kita perlu berbincang k.." (via enset cabuk)
"Serius ni..ingat men2 ker? Belajar la elok2..jangan repeat2 paper ok..."(via enset MR XY)
--------------------------------------------------------------------------------------------

"Ya Allah...aku memohon padamu berikan lah aku kehidupan yang terbaik di dunia dan akhirat..andai dia memang ditakdirkan untuk aku..bukakan lah pintu hati ku...dan permudahkan lah segala urusan..amin.."

3 org ckap....:

husna said...

berdebar-debar aku baca weh...

"...positive thinking..." hahaha, xle blah btol!

amiin [untuk semau doa hang]...

:)

Diella Dazzle said...

huhuhuhu..aminn...awat plak hg berdebar2 weyh? aku yg rasa hati nak luruh nie...

husna said...

mesti la..

mana tau nanti2 kot aku akan cakap ayat camni:

"ada sorang member aku dulu, dia bertunang sebelum masuk final year, pastu kahwin time __________"

teet!! sila isi tempat kosong. hahah!